Pagi ni plak, sesudah subuh dia dah bangun. Pun sama, bisik kat telinga mama cakap awan dah buka. Ajak mandi. Mama bagi diorang mandi dalam jacuzi sekejap, then bersiap untuk turun breakfast.
Pastu request kat mama nak pakai baju yang baru beli semalam kat Giant Banting tu. Dah lari tema baju anak beranak hari ni. Mama dah plan nak bagi diorang pakai baju pink jugak..hahaha..
Tempat
breakfast kat belah luar, berdepan dengan pantai. Pakej bilik kami dah
termasuk dengan buffet breakfast untuk 2 orang. Kalau ikutkan
kanak-kanak kena bayar RM15, tapi hari ni Rayyans FOC. Kecil lagi kot.
Makan pun bukan banyak mana.
Di balik pagar tu la theme park. Rayyans dah tak senang duduk bila nampak kolam tu. Asyiklah dok ngintai kolam jer. Nak-nak bila dia nampak dah ada orang mandi pagi tu.
Bila mama sound kalau nak gi mandi kolam kena makan dulu, barulah nak duduk makan. Tu pun bukan makan beria. kejap-kejap turun ke pagar ngintai kolam.
Cuma Hadif la yang boleh harap skit bab-bab makan ni. Memang ikut jejak langkah mama. Pau tu berketul-ketul dia makan.
Pilihan makanan takdelah banyak sangat. Biasa-biasa jer. Yang ada nasi lemak, kway teow goreng, pau, pastri, roti, coco crunch etc..Sedap ke tak? biasa biasa sahaja.
Tapi tu pun dah cukup untuk mengenyangkan perut. Setimpal la dengan bayarannya. Dah bayar murah ko nak minta macam-macam. Bantai kang..
Hazim tu nganga jer lebih. Bukan makan sangat pun.
Aksi nganga dua beranak. Pas makan kami amik masa sekejap jalan-jalan kat tepi pantai.
No comments:
Post a Comment