After maghrib kami siap2 nak gi dinner kat cafe. Twin masih tak tau yang mama buat surprise nak sambut birthday diorang malam ni. Kiranya ni early celebration la. Birthday diorang pada 8 Ogos.
Model pose dekat tangga dulu. Dinner malam ni anak sedara papa nak join kami.
Cafe kat bangunan lobi. Kat depan lobi hotel ada kereta dan beca antik. Anak2 pose dekat sini dulu. Masa ni elok jer lagi Hafiy pakai seluar jeans.
Ni gambar lepas habis dinner. Dia minta nak tukar pakai seluar pendek. Hafiy ni susah sangat nak pakai seluar jeans atau seluar panjang. Dia lebih suka pakai seluar pendek. Lebih selesa agaknya sebab badan dia berisi. Kalau mama pakaikan seluar jeans mesti menjerit tak nak pakai.
Naik beca nak pergi mana tu. Last 2 years masa kami pergi melaka, bawa la anak2 naik beca. Masa tu tengah top lagu baby shark. Beca yang kami naik tu pasang la lagu baby shark. Hafiy kenmain suka. Sudahnya terpaksa naik dua trip sebab dia tak puas dok atas beca.
Basikal tua pun ada. Dah sama tema basikal dengan baju 3HR. Hafiy tu langsung taknak pandang kamera dah. Sibuk dok main loceng basikal.
Depan kaunter receptionist ada meja jam. Ni jam betul tau. Waktu pun betul. Bukan setakat jam perhiasan saja.
Bila sampai cafe, staf tunjuk meja kami barulah twin tersipu2. Baru diorang tau belon2 yang diorang nampak pekerja deko petang tadi adalah untuk diorang.
Tahun ni dah 10 tahun baby kembar mama ni. Rasa baru semalam jer melahirkan diorang.
Terlalu banyak kenangan mama mengandungkan si kembar, anugerah dari Allah yang tidak ternilai buat mama.
Wajah2 kesayangan mama, hero di hati mama. Bila mama nak ada geng gegirl plak ni.
My first born. Kek ni beli kat cafe ni jer. Disebabkan booking last minit, kek yang sebiji dah habis. So dapat kek yang slice ni jer. Takpelah janji ada kek.
My second born. Kek masing2 pilih nak perisa apa. Cuma lilin jer takde. Nanti bila birthdate betul2 kita tiup lilin ok.
Menu dinner malam ni western food. Papa makan lamb chop.
Chicken chop with meatball ni untuk mama.
Mama order fish & chips ni untuk hafiy. End up mama yang kena habiskan. Manalah mama tak makin gemuk.
Twin dua2 nak makan nasi goreng chicken chop.
Then hafiy ngada-ngada nak makan spagheti pulak. So mama order spagheti carbonara untuk hafiy.
Pose dulu sebelum makan. Dah lapar sangat dah tu sampai tak boleh nak senyum dah.
Makanan semua sedap. Kena dengan selera tekak mama.
Inilah anak sedara papa yang bertugas sebagai ahli bomba dekat taiping. Hisham namanya, datang bersama isteri dan anak sulung. Boleh pulak tersama tema merah dengan kami.
Kami makan, lepak, sembang2 sampai cafe nak tutup la. Anak2 pun dah mengantuk. Esok wife Hisham nak ajak kami makan mee udang. Depa orang sini lebih tau tempat makan yang sedap2.
No comments:
Post a Comment