Alhamdulillah berjumpa lagi dengan Ramadhan yang penuh keberkatan. Ramadhan tahun ni agak berbeza buat keluarga kami. Buat pertama kali mama sambut ramadhan tanpa seorang insan yang bergelar ayah. Sayunya rasa hati sambut ramadhan kali ni.
Dah hampir 3 bulan tok ayah meninggalkan kami. Sudah pasti puasa dan raya tahun ni tak sama seperti tahun lepas. Tiada lagi aktiviti shopping baju raya, selipar raya untuk tok ayah. Tiada lagi orang yang akan menunggu tepi radio untuk dengar azan maghrib.
Siapa tahu kan, rupanya tahun lepas merupakan ramadhan dan syawal terakhir buat tok ayah. Semoga ayah tenang di sana. Semoga ayah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Ya Allah ya tuhanku, lapangkanlah kubur ayah ku.
No comments:
Post a Comment