Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan ramadhan. Cuma ramadhan tahun ni tak sama dengan tahun lepas sebab orang yang mama paling sayang sudah tiada. Alfatihah untuk arwah ayah, zawawi bin abdullah.
Berbalik ke juadah berbuka di hari pertama. Mama just masak yang ringkas2 sahaja. Tahun ni ofis dah dekat sikit dengan rumah. Jadi tak perlu nak mengadap jem lama2 macam tahun lepas. Opis hour pun pukul 4 dah boleh balik. Jadi sempatlah mama masak.
Sup tulang ni hirup kuah panas2 sedap. Tabur bawang putih goreng banyak2.
Ayam goreng kunyit balance sahur pagi tadi. Elakkan pembaziran. Lauk ni boleh jer panaskan balik.
Ikan sambal cili hijau. Rayyans suka lauk2 macam ni. Diorang kalau makan nasi suka makan kering2 tak berkuah.
Matching pulak dengan ulam bendi dan kacang botol cicah sambal belacan. Lauk simple boleh buat makan bertambah. Pastu tersadar kekenyangan.
No comments:
Post a Comment