Friday, October 5, 2018

Polperro

Hari tu kan mama ada cakap suka makan kat Polperro dan mama akan recommend kedai ni. So kali ni mama berjaya pengaruh kawan2 ofis mama lunch kat sini. Kami ke polperro seksyen 18, dekat dengan pasaraya ole2.

Sebelum ni tak pernah terfikir nak lunch sini sebab takut harga mencekik darah. Bila mama dah recommend, haruslah masing2 nak cuba. Jom tengok apa kami order.

Menu ni namanya golden mushroon chicken chop. Bila sampai makanan masing2 terkujat sebab portion dia besar.

Tuan punya golden mushroom chicken chop yang manis ayu ni namanya cik fatin. Asal satu negeri dengan mama iaitu negeri cik siti wan kembang.

Menu ni namanya set kambing bakar. Set ni disertakan sekali dengan teh o ais. Dah jimat tak payah nak order air lagi dah.

Tuan punya set kambing bakar ni namanya cik wani. Cik nisa pun order makanan yang sama.

Menu ni plak namanya golden egg chicken rice. Ayam bersalut dengan kuah buttermilk. Ni menu pilihan cik aishah. Haish semuanya cik lagi. Single mingle. Mama je yang dah kahwin. Nampak sangat mama dah tuwe kan.

Ni muka bila ko dah lapar tapi makanan ko tak sampai2. Orang lain semua dah boleh makan. Boleh plak dia salah buat order mama.

Ni plak muka bila makanan ko dah sampai dan ko tak sabar2 nak makan.

Chicken chop combo namanya. Ada chicken chop dan udang bakar dengan sos blackpepper. Tengok besarkan ayam dia.

No comments:

Post a Comment