Minggu ni asyik dinner kat luar je. Mama bz sangat tak sempat nak top up barang dapur. Wiken asyik tak lekat kat umah je.
Rayyans plak rabu sampai jumaat cuti sekolah agama sempena budak tahun 6 exam psra. Mengaji pun cuti jugak minggu ni.
So lepas amik mama kat ofis bolehla jalan2 dulu. Hari ni bawak diorang beli kasut sekolah kat ole ole. Kebetulan ada sale.
Lepas beli kasut terus dinner kat secret recipe. Kek red velvet pilihan hafiy. Suka sangat dia dengan red velvet.
Sepotong red velvet ni dia sorang jer makan. Siap marah bila hazim gurau2 nak makan kek dia.
Malam ni semua order makanan berasaskan spagheti. Rayyans makan spagheti bolognese.
Mac n cheese untuk hafiy. Walaupun dah habis sepotong kek red velvet, dia still boleh habiskan sepinggan mac n cheese ni.
Spagheti meatball untuk mama. Tapi frust sebab meatball terlalu kering dan keras. Dah la mama tengah sakit gigi. Terus terbantut nafsu makan.
Papa plak makan kwayteow sup apa ntah namanya ni. Dalam sup ada perut lembu. Sedap jugak makan dengan sambal cili hijau.
Abang hadif cakap hari ni adalah hari yang membahagiakan. Dah la dapat kasut sekolah baru, pastu mama bawa plak makan kat secret recipe.
Walhal setakat spagheti mama boleh jer masak kat rumah. Lagi jimat kos. Sesekali bawa anak2 makan kat luar untuk create memories buat diorang.
Hafiy tu leka main kereta robocar poli. Abang2 dapat kasut sekolah, dia pun nak la jugak membeli..beli mainan.
Yang ni sorang memang anak manja mama. Mama baru nak selfie sorang dia datang melekat kat mama.
No comments:
Post a Comment