Selamat tahun baru 2012 kepada semua bloggers dan rakyat malaysia. Hari ni merupakan hari kedua kami di kuantan, pahang. Hari ni juga merupakan hari ulangtahun adik bongsu mama, paksu mat yang ke 25 tahun. Mama doakan paksu mat jadi anak yang soleh, taat kepada mek ayah, adik yang baik, dan pakcik yang sporting...n semoga paksu mat cepat-cepat dapat galfren..
Berbalik ke agenda percutian kami, hari ni kami bersiar-siar di pantai teluk chempedak. Jarak dari homestay kami ke teluk chempedak cuma 28km. Pantainya cantik dan bersih..cuma time kami datang ni ombak agak kuat. So kami cuma datang bersiar-siar jer la. Malas nak mandi coz cuaca agak panas terik.
Kat depan pantai ni ada blok-blok kedai yang jual macam-macam mainan dan souvenier. Nak makan-makan pun senang, gerai makan banyak. Pastu ada KFC, McD n Pizza Hut.
Belum apa-apa, Hazim dan Hadif dah pow mama pistol belon sorang seketul. Melayang rm30 duit mama. Mainnya sekejap jer, pastu mulalah dia mintak mainan lain plak.
Bila tengok Rayyans main pistol belon ni, sepupu-sepupu yang 3 ketul ni pun menggeletiklah nak pistol belon gak. Dah jadi pesta tiup buih sabun dah plak. Satu hal plak tangan masing-masing kotor dengan buih sabun.
Dah kotor tangan tu tau la plak cari tisu nak lap. Masalahnya bila lap dengan tisu basah ni, makin berbuih tangan dibuatnya.
Mama n Hazim di bawah terik matahari. Mata dah hampir terpejam....tengah pujuk Hazim benti main pistol buih tu sebenarnya.
Mak dara..mak buyung...anak dara....pose berlatarkan air laut yang membiru.
Jejaka idaman malaya. Yang belah kiri tu single n available..tapi yang belah kanan single but not available.
Pose ngan Hazim kat pokok kelapa nan sebatang yang dah gondol. Rasanya semua orang yang datang sini wajib pose kat pokok kelapa ni.
Haishh...mama sorang jer pandang kamera. Nurin mata ntah kemana..Hazim plak x sabar-sabar nak lari dari mama.
Nurin with her papa..pose dengan pokok kelapa gak. Nak turun ke tepi laut matahari tengah terik sangat.
Mek with 3/4 daripada anak-anak perempuan...Mama, Cik la, cik nik.
Kat belakang tu ada batu-batu besar yang cantik. Nak gi pose kat sana anak plak nak ikut sekali plus cuaca yang agak panas..terus kensel keinginan.
Ni second mainan Rayyans kat sini. Kali ni papa pulak yang kena poww dengan Rayyans. Tak habis-habis main air sabun.
Kami jalan-jalan kat teluk chempedak ni sampai tengahari. Pakda n cik nik terpaksa gerak balik ke jb coz esok depa kerja. Kami pulak gerak balik ke homestay. Sebelum balik tu haruslah mengisi perut dulu. Hari ni kami lunch kat kfc jer.
2 ketul makhluk sepet yang happy dapat makan kfc.
Nampak tak dalam kfc ni kosong jer..cuma kami jer yang memeriahkan kfc ni. Orang lain sibuk dok bermandi manda tp kami sibuk dok makan-makan.
Selepas lunch kami terus ke parking untuk balik homestay. Tapi tersilap amik laluan yang ada taman permainan ni. Terpaksalah pit stop kat sini dulu barang sejam dua melayan Rayyans main gelongsor sampai puas.
Petang tu mama plan nak ke pantai batu hitam plak tapi rancangan tergendala coz hujan lebat. Takde rezeki nak ke sana..lain kali lah kalau ada peluang ke sana plak.

No comments:
Post a Comment