Saturday, January 14, 2012

Pie Apple Puff

Hari minggu kalau tak kemana-mana, mulalah perut asyik rasa lapar jer. Bila tengok isteri dok merelax-relax jer mulalah en suami tanya 'ma...takde apa-apa makanan ke nk makan petang ni?' Pastu mulalah pn isteri mencari-cari resepi yang sesuai iaitu senang dan cepat dan sedap. Pie apple puff ni senang jer nak masak coz guna pastry yang segera jer.

Resepi asal Pie Apple Puff ni mama amik dari dapur Tiffin Biru Che Mat Gebu.

Bahan - bahan :
1 paket puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 inci x 4 inci)
1 kuning telur*
1/2 camca teh esen vanilla *(*disatukan dan pukul sedikit)
2 biji epal hijau, kupas dan dadu kecil
2 camca besar kismis
1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis
3 - 4 camca besar gula perang (soft brown sugar)
1 camca besar mentega berkualiti tinggi
1 camca teh tepung jagung
Secubit garam

Cara - cara :
Cairkan mentega dalam non-stick pan, goreng epal dan kismis hingga harum, masukkan gula perang dan serbuk kayu manis, kacau rata dan biar epal sedikit layu. Tambah gula perang, masak hingga pekat. Masukkan secubit garam dan tepung jagung, kacau rata dan masak hingga pekat, guna api kecil. Sejukkan. 

Ambil sekeping puff pastry, kerat dua. Satu bahagian dikelar atau ikut kreativiti masing2 untuk mencorak. Letak 1 camca besar inti dalam bahagian satu lagi, kemaskan dan tutup dengan puff pastry yang bercorak. Tekan tepinya dengan garfu, susun dalam loyang pembakar, buat hingga siap dan sapu dengan kuning telur. 

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C, selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk sarapan atau minum petang.

No comments:

Post a Comment