Siti Norwahizan atau nama mesranya Siti ni adalah kawan mama masa kat UTM skudai dulu. Siti juga pernah jadi housemate mama kat Taman Universiti. Tapi sekejap jer coz lepas tu Siti transfer masuk ke kolej balik. Tapi kami agak rapat. Wiken Siti kerap datang bermalam kat rumah kami. Sepanjang mama kenal dia memang dia sihat walafiat. Takde sakit cuma sesekali tu demam perkara biasa.
Tetiba last week FB mama penuh dengan msg dari kawan-kawan menyampaikan berita yang Siti tengah menderita sakit lemah otot yang serius (mysthenia gravis stage 3). Mama dapat info ni agak lambat coz masa tu mama tengah bercuti. According to kawan-kawan yang dah melawat, keadaan siti agak kritikal. Siti admitted kat ICU HKL.
So hari ni mama, linda n arin (roommates kat UTM) berjanji untuk melawat siti kat ICU. Sebaik tiba kat ICU, nurse kat situ inform keadaan siti dah makin pulih dan telah dipindahkan ke wad biasa dekat bangunan neurologi. So menapaklah kami ke sana. Sebaik tiba kat wad, nurse kat situ plak inform siti dah discharged...means that kesihatan siti makin pulih.
Dari HKL, kami buat keputusan untuk ke rumah siti di sentul. Sebelum pergi, sempat kami lunch bersama-sama. Kami bertiga adalah rakan sebilik masa kat universiti. Selepas belajar, masing-masing bawa haluan. Jumpa adalah sekali jer kot selepas zaman belajar. Sekarang masing-masing dah berkeluarga. Linda dah anak anak 3, arin plak baru sorang dan mama??? dua jer baru...hehehe.
Disebabkan nak melawat kawan yang sakit, kami berpeluang jumpa. Terselit hikmah dekat situ. Bukanlah nak kata kami kena jumpa bila ada orang sakit jer. Tapi kalau hari-hari biasa susah nak setting time nak jumpa disebabkan masing-masing ada komitmen. In fact sebelum ni kami pernah merancang untuk mengadakan small gathering tapi terpaksa dibatalkan coz susah untuk mencari masa yang sesuai untuk menghimpunkan semua kawan-kawan.
Berbalik ke cerita siti, selepas lunch kami terus menuju ke rumah siti kat sentul. Alhamdulillah siti dah boleh bercakap dan bergerak dengan bantuan tongkat. Tapi keadaannya masih lemah. Belum mampu untuk berdiri lama-lama atau mengangkat barang. Mama doakan semoga kesihatan siti bertambah baik dan dapat menjaga anaknya yang masih kecil dengan sempurna.
Bila Tuhan nak tarik balik kurnia Dia kat kita, dalam sekelip mata jer. Harap-harap mama dikurniakan kesihatan yang baik-baik untuk menempuh hari mendatang. Semoga mama sentiasa sihat walafiat untuk membesarkan anak-anak. Aminnn.
No comments:
Post a Comment