Saturday, January 7, 2012

Ikan Bawal Emas 3 Rasa

Kalau takde idea nak masak apa, 3 rasa lah penyelamat. Ikan apapun kalau masak 3 rasa sure licin punya. Masakan ni memang kegemaran papa.... n mama too. Dah banyak kali mama ulang tayang masakan ni, cuma bezanya jenis ikan sahaja. Kali ni mama masak guna ikan bawal emas.

Resepi ikan tiga rasa versi mama boleh refer kat Sini. Cuma kali ni mama tambah potongan kiub nenas yang dalam tin tu jer.

Bahan - bahan :
Sekor ikan bawal emas
3 ulas bawang merah - mayang
3 ulas bawang putih - mayang
2 inch halia - mayang
2 sudu cili boh
2 sudu sos cili
2 susu sos tomato
carrot potong panjang-panjang
nenas potong kiub
2 sudu air perahan lemon
4 sudu madu larutkan dengan secawan air
Garam
Kunyit

Cara - cara :
Perap ikan dengan garam dan kunyit. Gorengkan dalam minyak dalam kuantiti yang agak banyak (biar ikan berenang dalam minyak). Angkat dan toskan.

Tumiskan bahan - bahan yang dimayang beserta cili boh sehingga garing. Masukkan bancuhan madu, sos cili dan sos tomato. 

Masukkan carrot dan masak sehingga carrot sedikit lembut. Kemudian masukkan nenas dan perahan lemon dan kacau sehingga pekat.

Tuangkan kuah 3 rasa ke atas ikan bawal tadi dan siap untuk dihidang. Boleh ditabur daun bawang atau daun sup kat atas ikan tu.

No comments:

Post a Comment