Malam ni kami sekeluarga makan malam kat restoran nasi ayam penyet kat sg buloh. Sesekali bawa Rayyans makan kat luar. Tapi alahai susahnya nak makan dengan tenang. Tapi nasib baiklah malam ni angah ikut sekali. Adalah baby sitter untuk gilir-gilir makan.
Belum apa-apa diorang dah buat hal. Waiter bagi menu untuk order, diorang buat main plak menu tu.
Ngam-ngam papa nak shoot gambar, Hazim plak angkat menu tutup muka. Dah mama syok sendiri sorang-sorang pose depan kamera.
Percubaan kali kedua berjaya itupun selepas angah pegang tangan Hazim. Cer tengok, berkilat ko meja makan tu. Boleh jadi cermin dah.
Waiter, order please. Saya dah lapar dah ni.
Haish..mana makanan kita ni. Dapat straw jer ni. Nak sedut apa ngan straw bujang ni?
Tunggu order sampai sambil memerhati kerenah anak-anak yang tak reti duduk diam. Habis satu restoran diorang tawaf 14 pusingan.
Our drinks..snow shake juice...colourful. From left : green apple (papa punya), mama punya lupa nama dia apa n orange (angah punya).
Hidangan kami malam ni...2 set ayam penyet, 1 set ikan keli penyet, pecal jawa n fries untuk Rayyans lupa nak snap gambar terus ngapp..
Ayam penyet with tempe goreng, tauhu goreng, kangkung rebus, ulam timun dan sambal belacan. Sambal belacan dia memang berapi...leleh air idung..
Set keli penyet pilihan angah. Side dish dia sama jer ngan ayam penyet. Penyanyi utama jer yang lain. Pecal dia memang sedap tapi pedas skitlah. Pedas-pedas manis gitu pastu siap ada keropok udang.
Haish..anak kura-kura yang melekap jer kat belakang mak kura. Cenggini la gaya bila dah beranak ni. Nak makan dengan emosi stabil memang payahlah. Tengah syok-syok makan anak panjat belakang suh jadi kete kuda. Bolehh??
No comments:
Post a Comment