1st attempt guna resepi ni. Cook this for lunch today. Sedap dan menjilat jari. Pasni memang confirm ada ulang tayang menu ni kat blog mama.
Resepi Sticky Caramel Chicken Wings mama refer kat blog Dapur Mamasya. Thks mamasya coz sharekan resepi yang gojes ni.
Bahan - bahan :
12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
1 sudu besar halia dicincang
1 sudu besar sos ikan - letak 1 1/2 sb (sos ikan dah masin tak payah letak garam)
1 sudu besar kicap - letak 2 sb
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan (60ml) madu
Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!
No comments:
Post a Comment