Sedar tak sedar, dah sampai ke penghujung tahun 2011. Kalau dihitungkan, pelbagai kisah suka duka sepanjang tahun ni. Walau apa pun, kami sekeluarga mengakhiri 2011 dengan penuh kegembiraan. Alhamdulillah, hujung tahun ni ada rezeki lebih. So mama merancang satu percutian dengan ahli keluarga di Bukit Gambang Water park. Rasanya dah lama kami sekeluarga tak makan angin sama2. Percutian kali ni dirancang sebulan lebih awal. Yelah, nak mengumpulkan kesemua ahli keluarga yang ada komitmen masing-masing bukan senang. Cuma kak dah yang tak dapat ikut serta kali ni disebabkan tengah sarat menghitung hari melahirkan cahaya mata yang ketiga.
Mek, ayah n paksu mat bertolak dari kelantan ke shah alam hari khamis lepas. Bermalam satu malam kat umah kami then jumaat tu terus melepak dan bermalam kat rumah kak dah. Kebetulan mama tengah bercuti menghabiskan cuti tahunan, so dapatlah melepak lama-lama kat rumah kak dah. Sebelah malamnya pula kami ke rumah nenek belah ayah kat taman garing utama, rawang. Sesekali ayah datang bercuti, amik peluang jumpa bonda tercinta.
Pagi ni pula kami bertolak seawal pagi ke gambang. Sementara tu, pakda n ciknik juga gerak dari jb awal pagi. Tujuannya supaya cepat sampai dan dapatlah kami mandi dan berendam lama sikit kat bukit gambang water park. Kami tiba kat gambang jam 11 tengahari dan terus check in kat homestay yang mama dah tempah awal-awal. Kali ni kami menginap di Reza's Homestay selama 3 hari 2 malam.
Selepas check in, tanpa terus membuang masa kami terus bersiap dan menuju ke bukit gambang water park...excited punya pasal.
Sebelum masuk kenalah beratur beli tiket dulu. Tiket untuk dewasa RM 21.90 n kanak-kanak below 90 cm RM 15.90. Kat sini mengamalkan cara 'cashless' iaitu kita kena beli voucer awal-awal semasa beli tiket masuk. Ada voucer rm 50, 100 dan 200. So kena pandai-pandailah kira budget perbelanjaan semasa berada kat taman tema ni. Setiap kali kita berbelanja, nilai tu akan ditolak dari voucer yang kita beli. Andai kata voucer tu tak habis digunakan, kita boleh refund balik duit bakinya semasa keluar nanti. Mama beli voucer rm 100...time refund cuma tinggal rm 1 jer....huhuhuhu....
Bergambar satu keluarga sebelum berbasah-basahan. Time ni family pakda tak kelihatan... anak-anak tak sabar nak masuk mandi.
Disebabkan masa kami pergi ni time cuti sekolah dan cuti hujung tahun, mak aii pengunjungnya ramai sangat. Disini ada disediakan cabbana untuk disewa, malangnya masa kami sampai semuanya dah disewa. Terpaksalah kami merempat kat kaki-kaki lima. My opinion, sepatutnya pihak berwajib perlu sediakan tempat yang lebih proper untuk pengunjung melepak-lepak.
Tanpa melengahkan masa, kami semua terus kecebur dalam air. At first, Hadif menangis takut nak masuk dalam air. Pelik pulak..selalunya dialah yang over bab-bab main air ni. Tapi tak lama la dia nangis, pastu terus ok berendam dalam air tu.
Tu diaa..mek dah buat aksi duyung kat dalam kolam. Disebabkan kami ni ada anak-anak kecil, kolam kanak-kanak jer la jadi tempat melepak. Yang bapa-bapa plak amik peluang main kat kolam yang lebih dalam dan lebih adventurous.
Memang puas hati trip mandi-mandi kali ni coz kami berendam hingga announcement penutup dibuat. Tambah dengan cuaca yang agak baik...takde hujan. Kalau ikutkan sebelum kami bercuti ni kuantan asyik hujan jer.
Selepas kami habis mandi barulah nampak awan hitam kat langit. Sebaik sahaja kami jejak kaki dalam kereta, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Syukur sepanjang hari tadi cuaca elok, dapatlah kami mandi manda dengan syoknya.
No comments:
Post a Comment