Esok pagi kami akan bertolak balik ke Shah Alam. Seminar yang mama hadiri telah sampai ke penghujung. Petang ni kami amik peluang untuk pusing-pusing penang sambil mencari biskut tambun dan jeruk untuk dijadikan buah tangan.
Rayyans dua bersaudara ni bila mama sebut jer nak keluar jalan-jalan, terus excited masing-masing.
Kami dah rady untuk keluar jalan-jalan. Sebelum tu pose wajib dulu. Hadif muka serius jer...
Next, photo taking session with papa pulak...amboi Hadif hover plak bukak mulut bila pose ngan papa.
Mirror image..tak dapat bayangkan kalau anak mama ni kembar 4. Kembar 2 pun rasa tak cukup kaki tangan dah.
Sebelum keluar, kami bergambar sekitar reception area. Hai lah Rayyans, mama suh pandang kamera tapi ke lain plak korang pandang.
Mama with hensem boy, Hazim. Dia ni kalau mama nak bergambar sibuk jer nak berkepit dengan mama.
Pose dengan pokok krismas..di setiap ceruk ada pokok krismas. Apahal dengan anak-anak mama ni mulut ternganga jer tu?
Lokasi pertama yang kami tuju adalah Gurney Drive. Kami tak turun pun, just amik gambar dari dalam kereta. Jalan kat sini agak sibuk jadi mama risau takut2 Rayyans berlari ke arah jalanraya.
Gurney Drive ni terletak betul-betul tepi laut. Masa ni air dah start pasang.
Plaza Gurney dari kejauhan
Next agenda kami adalah mencari kedai biskut tambun. Last 2 years masa kami datang ada sederet kedai yang jual biskut tambun dan pelbagai jenis jeruk.
Entah apa silap kami kali ni, pusing banyak kali still tak jumpa tempat tu. Anak-anak pun mula buat hal. Dah bosan agaknya dok lama sangat dalam kereta.
Akhirnya kami pulang ke hotel dengan kehampaan. Sampai ke sudah kami tak jumpa satu pun kedai yang jual biskut tambun.
No comments:
Post a Comment