Kesian Rayyans berkurung jer dalam bilik seharian. Papa cakap diorang 3 beranak asyik makan tidur jer. Jadi malam ni mama decide bawa Rayyans jalan-jalan kat pasar malam sepanjang jalan batu feringghi ni.
Rayyans bila dengar mama sebut nak keluar jalan-jalan mulalah excited. Terus capai selipar dan tuju pintu bilik.
Jarak bilik kami dengan lif agak jauh. Jalan kaki amik masa 5 minit jugak la. Hadif dah mengada-ngada nak dukung, takmo jalan. Terpaksalah papa dukung si bulat tu. Nasib baik Hazim nak jalan sendiri.
Sebelum keluar sempat pose depan pokok krismas. Mula tu kami plan nak bawa kereta, tapi papa cakap susah nak parking nanti. So, tukar plan...kami jalan kaki jer. Bayangkanlah macam mana keadaan kami bila jalan kaki dengan dua orang budak yang baru terlepas dari kurungan. Sorang lari sana..sorang lari sini..fenatttt mama kejar.
Gerai-gerai kat sini jual pelbagai barang. Kebanyakkannya pakaian dan souvenier. Gerainya terletak betul-betul kat tepi jalan yang agak sibuk. Memang agak merisaukan kalau berjalan ngan Rayyans ni....takut dia terlepas ke tengah jalan raya.
Agak jauh juga kami jalan....sampai habislah gerai-gerai tu kami tawaf. Adalah kot dalam 1km. Yang terlebih penat sebab nak kontrol Rayyans. Pastu bila tiba gerai mainan satu hal jugak..menjerit-jerit minta belikan mainan. Aduhaii...kopak mama...
Selepas habis gerai-gerai tu kami kunjung, nak patah balik ke hotel dah tak mampu nak jalan kaki. Kami balik naik beca...mula tu macam tak konfiden jer ngan apek tu nak kayuh beca bawak kami berempat. Just imagine betapa beratnya penumpang yang dia kena bawa.
Memang tabik spring kat apek tu, laju jer dia kayuh. Tak sampai 5 minit kami dah sampai kat hotel. Hadif tak sempat nak rasa puas dok atas beca tu. Bila dah sampai takmo turun..siap tarik tangan papa nak naik 'basikal' lagi. Alahai anak mak ni....darat tul...
Tambang beca ni rm18...walaupun jaraknya dekat sahaja tapi berbaloi bila pikir penat nak jalan balik ke hotel. Ditambah plak waktu tu hujan dah mula turun renyai-renyai. Kalau kami jalan kaki sure tak sempat sampai hotel hujan dah turun mencurah-curah. Sepanjang kami kat sini, waktu malam asyik hujan jer. Kesian peniaga tak dapat nak buka gerai lama-lama.
Sebelum naik ke bilik, sempat pose depan pintu masuk hotel. Kat depan hotel ni memang jadi port parking beca-beca ni. Dah satu hal plak Hadif tak nak balik.
Setiap kali bercuti, mama tidak pernah lupa untuk beli souvenier untuk kawan-kawan ofis. Sudah jadi kemestian untuk kami beli fridge magnet dan keychain sebagai souvenier.
Comel tak keychain kebaya ni? Unik sangat...pertama kali pandang terus jatuh cinta kat keychain ni. Mine? Of courselah yang kaler pink tu.
P/S : Balik hotel..buka tv..cinta elysa dah habis. Waaa...mama lupa malam ni cerita cinta elysa. Miss episod second last ni.
No comments:
Post a Comment