Sempena annivesary kami yang ketiga, malam ni mama masak special untuk dinner. Hehehe.. takde special mana pun. Cuma papa request nak makan western food. Menu kami malam ni adalah ayam panggang oregano dengan salad sayuran, telur omelette dan chicken & tomato bruschetta.
Sebelum ni mama dah pernah masak Ayam Panggang Oregano. Bila ada ulang tayang ni maksudnya sedap lah kan. Kali ni ayam panggang oregano disertakan dengan salad sayur-sayuran.
Bahan - bahan :
2 keping dada ayam
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk oregano
1 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan sos barbeku (mama guna Life's Oriental BBQ Sauce)
1 sudu makan sos Worcestershire (Tak letak pun)
Cara - cara :
Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali lemon. Perahkan lemon dan gaul rata. Perap selama beberapa jam.
Bakar ayam menggunakan pemanggang di atas dapur sehingga garing (mama bakar dalam oven suhu 180C selama sejam).
Hidangkan dengan sos lada hitam (mama guna sos hot peri-peri Nando's).
No comments:
Post a Comment