Haa..ko kelas tajuk masakan mama hari ni. Berjela panjangnya, walhal resepi sama jer cam lain-lain cheesecake. Resepi asalnya adalah dari Chilled Oreo Cheesecake yang mama dapat dari dapur Ms Ita. Cuma kali ni mama tukar topping oreo kepada blueberry dan tukar dari loyang ke paper cup. Bukan apa, bila buat bentuk cupcake ni lebih senang dimakan. Mama sharekan resepi ni sekali lagi kat sini. Terima kasih kepada Ms Ita kerana menyumbangkan resepi ni.
Bahan - bahan :
1 bungkus biskut oreo (mama pakai 2 cawan biskut oreo yang hancur)
50grm butter
250grm cream cheese
150grm gula castor
200ml whipping cream
1 sudu besar lemon juice (@ 2 sudu besar jika suka lebih rasa lemon)
1 1/2 sudu besar gelatin * (mama pakai 1 sudu sahaja)
1/2 cawan air panas*
Cara - cara :
Untuk bahagian dasarnya, kisar halus biskut oreo (yg tlh dibuang creamnya). Panas/cairkan butter dan gaulkan rata biskut oreo.
Padatkan di bahagian dasar papercup, tekan dan sejukkan sementara dalam freezer.
Gelatin di campurkan ke dlm air panas, kacau hingga larut dan ketepikan.
Pukul cream cheese dan gula castor hingga gebu.
Masukkan lemon juice dan whipping cream, pukul lagi hingga berkrim. Masukkan air yang mengandungi gelatin, pukul hingga sebati, masukkan ke dlm loyang tadi.
Tuangkan adunan ke dalam papercup yang mengandungi biskut oreo tadi. Masukkan kedalam peti sejuk (bukan freezer) selama sekurang-kurangnya 4 jam.
Bila dah sejuk, hiaskan dengan blueberry filling dan buah blueberry segar. Sedia untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment