Selepas tengok wayang kat Space U8 tengahari tadi, kami ke Giant untuk beli barang dapur. Langsung kami lunch kat food court giant. Makan nasi goreng seafood..memang sedap. Rayyans habis satu pinggan kongsi dua orang. Balik rumah dah petang. Nak masak untuk dinner pun malas.
Kebetulan mama ada stok daging. Jadi, mama perap jer daging kat dalam peti sejuk tu. Malam ni kami makan daging 'Mama Ayam Percik' jer. Daging tu mama perap dengan sos 'Mama Ayam Percik' dan serbuk lada hitam serta sedikit garam.
Selepas perap lebih kurang dua jam, mama bakar daging ni dalam oven suhu 180C selama sejam.
Bila dah masak tu mama hidangkan dengan salad beserta sos thousand islands.
No comments:
Post a Comment