Hari ni seminar mama habis awal. Jadi mama amik peluang bawa Rayyans jalan-jalan kat tepi pantai belakang hotel kami tinggal ni. Kat sini area dia memang cantik sangat..tak puas mata memandang. Jom kita layan gambar-gambar sekitar hotel.
Rayyans dah excited bila nampak kat belakang ni ada swimming pool.
Dua-dua terus tuju ke swimming pool. Masa tu adalah 2,3 orang mat salleh tengan berendam.
Oh tidak..sorry ye sayang...kali ni kita tokleh swimming. Rayyans tengah selsema sekarang ni...tak elok sangat nak berendam dalam air lama-lama.
Kita tengok jer la orang swim yer...Mama lupa nak bawa swimming suit korang. Lain kali jer la kita mandi manda.
Muka sedih bila mama cakap cannot swim...alololo...
Jangan sedih-sedih k...jom kita jalan-jalan kat tepi pantai.
Sebelum tu, pose manja ngan mama dulu.
On da way, ternampak signboard taman herba..salah satu pokoknya ditanam oleh Chef Wan.
Pit stop..ternampak plak swimming pool dicelah-celah pokok. Kesian Rayyans tak dapat mandi.
Laluan ke pantai yang cantik dan redup...mat-mat salleh tengah berjemur
Yeay..kami dah sampai kat tepi pantai. Kat sini banyak aktiviti sampingan yang boleh dilakukan. Janji bawak jer duit banyak-banyak.
Jet ski...kami tak main pun. Sewa dia takdelah mahal. Kalau berdua jer ngan papa teringin gak nak naik...berbasahan berdua kat dalam air...auuwwww...
Parachute..yang ni memang menakutkan..even kalau berdua ngan papa pun tak mau terbang tinggi-tinggi..takut tali putus. Pastu bila tengok cara pendaratan yang agak tidak menjamin keselamatan....kecut perut ai.
Banana boat...mama pernah experience naik banana boat kat port dickson. Masa tu kitorang dijatuhkan kat tengah-tengah laut. Rayyans excited betul bila nampak banana boat..terus memanjat kat atas boat ni. Nasib baik ownernya tak marah.
Hadif dah main baling-baling pasir. Habis kepala tu berpasir. Satu hal plak mama nak sikat rambut buang pasir tu.
Tak habis-habis main pasir....takpelah mama bagi chance sekali sekala.
ayorkkk...mama dah marah..dah cekak pinggang...kan mama dah cakap jangan main pasir..jom balik hari dah nak malam ni. Amboi Hadif...dia pun sama cekak pinggang marah Hazim main pasir. Kalau dia yang main pasir takpe plak.
Sebelum balik lepak-lepak minum kopi jap...hehehhe..berangan jer lebih
Tunggu la kejap lagi mama...Hadif nak berjemur sekejap. Nak feeling-feeling macam mat salleh.
Ye lah mama..Hazim pun nak berjemur jugak. Mama tak nak join sekali ke?
Oklah anak-anak...jom la kita balik. Dah nak maghrib ni. Kang tersampuk hantu air plak nanti.
Disebabkan Rayyans tak dapat mandi kat pool tadi, mama bagi chance diorang berendam kat dalam bath tub. Kenmain happy dapat main air.
Happy-happy mandi jangan lupa makan ubat yer sayang mama. Kalau tak makan ubat bila nak baik selsema tu. Muka redha jer telan ubat sebab mama dah kasi peluang main air. Malam ni Rayyans tidur lena akibat kepenatan berjalan di sepanjang pantai.
No comments:
Post a Comment