Thursday, May 31, 2012

Mee Hailam

Malam ni dinner ngan mee lagik. Dah kata anak2 bujang mama suka makan mee kan. Haruslah mama masak mee kalau nak diorang makan banyak. Taktik..taktik...

Bahan - bahan :
1/2 paket mee kuning
10 ekor sotong - potong nipis
2 keping fish cake
250 gm sawi hijau
100 gm kobis
3 s/b kicap pekat
1 s/b sos tiram
1 ketul kiub ayam 
4 ulas bawang putih - ketuk
4 ulas bawang merah - hiris
3 sudu besar minyak
1 cawan air
1 sudu tepung jagung - bancuh dengan air dulu
Garam

Cara - cara :
Rendam mee dengan air panas. Cuci dan toskan.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
Masukkan air, sotong dan fish cake. Biarkan sehingga lembut.
Masukkan kicap, sos tiram dan kiub ayam. Kacau rata.
Masukkan kubis dan sawi. Perasakan garam.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan angkat. Hidangkan.

Apple Of My Eyes

Isnin lepas mama ada belikan kasut baru untuk Rayyans. Yelah..kata nak berjalan cuti-cuti malaysia kan..haruslah ada kasut baru. Lagipun Rayyans memang takde satu kasut pun sekarang. Sebab kaki diorang cepat sangat membesar dan mengembang. Semua kasut-kasut yang ada kat rumah tu dah tak muat. Kasut ni mama beli kat kedai Xes, kat giant shah alam. Murah jer harganya...belas2 ringgit jer kot..ada 50% sale.

Anak-anak ni, bila dapat something yang baru memang diorang excited sangat. Setiap hari balik kerja, minta dipakaikan kasut baru. Pastu pepandai menyandar kat dinding, berpelukan, pastu suh mama amik gambar. Cerdik betul. Kalau perasan, kasut diorang ni tak sama kaler. Sejak dah cerdik ni, dah pandai nak pilih sendiri. Dah takmo pilih yang sama kaler.

Hadif pilih kaler hijau oren..kalau buka pun bila nak pakai balik memang dia akan amik kasut ni. Kiranya diorang dah tau la mana satu kasut diorang. Kalau tak, sebelum ni mama main pakaikan jer mana-mana kasut kat kaki diorang. Dah kata semua benda sama, haruslah tak tahu sapa punya mana satu.

Hazim plak pilih kaler hitam merah..memang striking bila dok kat kaki. Tak kisahlah, janji diorang suka dengan pilihan sendiri. Hehehe..tak sabar rasanya nak bawa anak-anak bercuti. Pasti diorang seronok sangat sebab dah lama tak gi jalan-jalan.

Mama Dilanda Kebizian


Lepas balik dari bengkel Audit Hakisan Pantai last week memang betul-betul dilanda kebizian. Mama diberi tempoh seminggu untuk buat penambahbaikan pada report mama. Huh..too short time. Time ni la baru rasa office hour 8 jam tu macam tak cukup jer.

Nak bawak kerja balik rumah, rasanya memang berkepam dalam beg jer la. Kat rumah dah takde masa nak buat benda lain selain melayan anak-anak yang makin membesar dan aktif.

Sudahnya, memang kerah keringat sepanjang minggu untk menyiapkan kerja. Lagi effect mood, sebab this saturday nak bercuti dah. Memang jiwa kacau betul. Orang tengah mood nak holiday, tapi kerja lak berlambak-lambak.

So pagi ni setelah berpenat lelah sepanjang minggu, dengan vangganya mama telah berjaya menyiapkan report tu. Yahuuuu....barulah tenang hati dan lapang dada nak bercuti.

Wednesday, May 30, 2012

Bubur Kacang

Malam ni takde mood nak makan nasi. Nak bakar ayam, stok takde plak. Stok dalam peti sejuk semua dah habis. Hmmm..makan bubur cicah roti jer la malam ni.

Bahan - bahan :
200 g kacang hijau
2 keping manisan kelantan
2 cawan santan
4 cawan air
1 helai daun pandan, disimpul
1/2 sudu kecil garam

Cara - cara :
Rebus kacang hijau hingga empuk dan kembang. Toskan air.
 
Masukkan santan, manisan kelantan dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. 
 
Masukkan kacang hijau yang telah direbus dan garam. Masak sekejap. 
 
Rasa kemanisan bubur dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama roti.

Sunday, May 27, 2012

Sambal Tumis Telur

Pelengkap hidangan kami hari ni adalah sambal tumis telur. Hari ni menu mama memang ringkas jer. Semalam dah makan special, so hari ni low profile jer la. Lagipun mama rasa sedikit kepenatan sebab badan tak berapa sihat. 2,3 hari ni asyik batuk jer..time nak tidur jer plak tuh. Kadang-kadang tengah tidur bleh terjaga sebab batuk.

Bahan - bahan : 
5 biji telur ayam
2 ulas bawang putih - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
3 biji telur
2 sudu cili kisar ~ kalau nk pedas tambahlah lagi
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis.
 
Cara - cara :
Panaskan minyak, goreng bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar, garam dan gula. Tumis sehingga cili masak dan masukkan sedikit air.
Pecahkan telur ke dalam kuali dan biarkan sehingga telur separuh masak, barulah dikacau.

Sawi Masak Lemak

Lama betul tak masak benda-benda bersantan. Selalunya kalau sayur mama goreng je..senang. Hari ni ubah selera skit..buat masak lemak.

Bahan - bahan :
2 cawan santan
1 ikat sawi
1 cawan tauge
1 genggam ikan bilis
3 ulas bawang merah - tumbuk
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk kasar 
Garam secukup rasa

Cara - cara :
Panaskan santan, masukkan bawang, lada hitam dan ikan bilis.
Apabila mendidih masukkan sawi dan taugeh. Kacau sekejap dan perasakan garam.
Tutup api dan hidangkan panas-panas.

Ayam Goreng Berempah

Pagi tadi cikla bertolak balik..tinggallah kami sekeluarga. Rayyans sedih jer bila Arissa takde. Tengahari bapak ngn anak-anak semuanya layan tidur. Tinggallah mama sorang-sorang menyiapkan makan tengahari. Karang bila diorang bangun tidur sure masing-masing kelaparan.

Bahan - bahan :
10 ketul ayam
3 batang serai - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 inch halia - kisar
Garam
Kunyit

Cara - cara :
Perap ayam dengan garam, kunyit dan bahan-bahan yang telah dikisar. Perapkan selama sejam. Pastu goreng dalam minyak banyak hingga garing.

Wiken With Arissa

Wiken ni Cikla sekeluarga plak datang bertandang dan bermalam kat rumah kami. Kenmain seronok lagi Hadif dan Hazim dapat jumpa Arissa.

Hadif, Hazim dan Arissa....they're cousins..

Rupanya Hadif sukakan budak kecik. Minta dibaringkan Arissa kat atas peha dia.

Seriusnya muka dia. Takut Arissa nangis ke. Yang sebenarnya Hadif ni sekejap jer elok dia pegang Ariss. Pastu ada sekali dia tampar belakang Arissa sampai berbunyi. Sib baik Arissa tak nangis.

Tengoklah tu, berebut ngan mama nak pegang Arissa. Bila mama tak bagi dia pegang, mulalah dia tolak-tolak Arissa.

Hazim tengah ngajar si tembam Arissa naik basikal. Masa amik gambar elok jer dia pegang Arissa pastu dia blah cam tu jer. Sib baik Arissa tak jatuh dari basikal.

Arissa dengan ayahnya..yang tak sabar nunggu Arissa besar..berjalan dan berlari macam Rayyans.

Saturday, May 26, 2012

Nasi Tomato

Disebabkan ada tetamu nak datang hari ni, so mama masak special sikit. Hari ni masak nasi tomato. Memang dah lama sangat mama tak masak nasi-nasi selain dari nasi putih. Smapaikan Hadif makan bertambah-tambah. Kalau nasi putih kenmain susah nak makan. Tapi nasi tomato ni laju jer dia makan.

Resepi nasi tomato mama refer kat blog Chef Hanieliza.

Bahan - bahan :
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang
 
Bahan tumis :
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara - cara:  
Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu.. 

Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih. 

Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak. 

Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..

Mama hidangkan bersama lauk ayam madu, sup ayam, kailan ikan masin dan salad.

Sup ayam. Resepi boleh refer kat SINI.

Ayam madu. Resepinya boleh refer kat SINI.

Kailan ikan masin. Resepinya boleh refer kat SINI.

Akhir sekali, salad, timun dan tomato sebagai ulam.

Alhamdulillah...papa dan anak-anak makan bertambah-tambah. Termasuklah tetamu special iaitu Cikla.

Budak yang makan nasi bertambah berkali-kali. Orang dah siap makan pun dia tak habis-habis lagi.

Yang ni plak main lebih dari makan. Nasi tu diperam jer kat dalam mulut. Nurun cara mama makan masa kecik dulu..x dapek den nak nolong..

Strawberry Cheese Cup Cake

Buat cheesecake ni khas untuk cikla yang datang bertandang kat rumah kami. Lagipun memang dah lama sangat mama tak bercheesecake ni. Rasanya sejak mama kena strok haritu tak pernah buat lagi cheese cake sampaila ke hari ni.

Resepi strawberry cheese cake sama jer ngan Blueberry Cheese Cake cuma tukar toppingnya ajer.

Bahan - bahan : 
1 bungkus biskut oreo (mama pakai 2 cawan biskut oreo yang hancur)
50grm butter
250grm cream cheese 
150grm gula castor
200ml whipping cream
1 sudu besar lemon juice (@ 2 sudu besar jika suka lebih rasa lemon)
1 1/2 sudu besar gelatin * (mama pakai 1 sudu sahaja)
1/2 cawan air panas*
Cara - cara:
Untuk bahagian dasarnya, kisar halus biskut oreo (yg tlh dibuang creamnya). Panas/cairkan butter dan gaulkan rata biskut oreo. 
Padatkan di bahagian dasar papercup, tekan dan sejukkan sementara dalam freezer.
Gelatin di campurkan ke dlm air panas, kacau hingga larut dan ketepikan.
Pukul cream cheese dan gula castor hingga gebu. Masukkan lemon juice dan whipping cream, pukul lagi hingga berkrim. 
Masukkan air yang mengandungi gelatin, pukul hingga sebati, masukkan ke dlm loyang tadi.
Tuangkan adunan ke dalam papercup yang mengandungi biskut oreo tadi. Masukkan kedalam peti sejuk (bukan freezer) selama sekurang-kurangnya 4 jam.
Bila dah sejuk, hiaskan dengan strawberry filling dan buah strawberry segar. Sedia untuk dimakan.      
Puas hati sangat bila mama masak something pastu anak-anak suka makan. Tak sangka Rayyans dah pandai makan cheese cake sekarang. 

Ini plak versi yang disalut dengan filling blueberry. For me, lebih suka yang blueberry sebab rasanya lebih manis. 

Friday, May 25, 2012

Space U8

Lunch hour hari ni turn merendek kat Space U8 plak. Mama nak cari baju untuk pakai hari 1st day family day nanti. Katanya ada kaler tema, so haruslah kena ikut temanya. Kebetulan ada orang tu mengidam nak makan takoyaki.

Takoyaki ni makanan jepun asalnya. Takoyaki ni bentuk dia bulat. Pastu dalamnya ada isi udang, sotong etc. Pilih jer nak isi apa. Satu set ada 4 ketul Takoyaki yang berharga RM4.90.

Mama tak pernah makan pun sebelum ni. Tapi ikut kata mama jue takoyaki ni sedap. So apa salahnya mama mencuba makanan baru kan.

Kami order untuk bungkus jer. Pas order haruslah menunggu sekejap sementara pekerja tu panaskan takoyaki. Takoyaki ni kena makan panas-panas baru sedap. Bila dah sejuk rasa dia macam muak sikit.

Inilah rupa takoyaki udang yang mama order. Sedap gak bila makan cicah mayonis ngan sos hitam tu..ntah apa nama sos dia. pastu yang berserabut kat atas tu mama rasa sotong kering yang cukup nipis.

Lepas tapau takoyaki, kitorang naik ke food court plak. Mana larat perut kami yang besar ni makan takoyaki semata. Lunch mama makan nasi padang berlaukkan sambal udang petai dan ayam bakar.

Mama jue plak makan nasi goreng bangkok. Kurang sedap katanya. So lain kali kena order menu lain plak. 

Disebabkan nasi goreng bangkok tu tak sedap, kenalah qada dengan takoyaki yang sedap ni.

Thursday, May 24, 2012

Mak Long Datang Bertandang

Tengahari tadi kat ofis maklong call mama cakap nak datang rumah...nak amik baby car seater. Dolu-dolu car seater tu banyak berjaya kat Rayyans. Now diperturunkan ke Aryan plak. Daripada car seater tu dok berhabuk kat dalam stor, baiklah mama bagi anak-anak sedara pakai. Ada gak faedahnya. Lagipun car seater tu memang elok lagi...

Bila kakak n anak2 sedara nak datang umah, rasa segan plak kalau takde apa-apa untuk dimakan. Nak masak sure tak sempat punya. So solutionnya kami singgah KFC Saujana Utama...tapau KFC jer untuk malam ni.

Mama beli 2 set kombo. Kombo A ada 6 ketul ayam n 3 bekas potato wedges. Kombo B plak ada 6 ketul ayam plus 3 mangkuk nasi.
  
Kebetulan KFC tengah promotion kids meal yang ada patung upin & ipin. So mama belilah untuk Rayyans sebab diorang memang suka dengan karekter upin ipin ni.
 
Bila mama setting KFC kat atas meja terus Hadif nyanyi Happy Birthday To You....Sian anak mama..ngidam nak tiup lilin kek birthday.
 
Beria betul Hadif mengigit peha ayam. Memang dia suka sangat makan KFC. Habis seketul peha ayam ni dia makan.
 
Ayuni ni geng Hadif part makan. Orang lain dah habis makan pun dia still lagi dok menunggu meja makan. Selagi abah dia x cakap stop, dia makannn jer. Tapi yang pelik badan kurus jer x gemuk2.

Ni plak si kakak yang memang tak kuat makan. Seketul ayam pun tak habis. Patutlah badan kurus kering tak gemuk-gemuk.

Sian Aryan..orang lain makan KFC dia minum susu jer. Aryan tak berapa sihat...demam sebab kena inject vontot siang tadi.

Without My Children

Pinjam wordings ni dari Mama Kembar 3

Without my children, my house would be clean .....maybe..coz kadang2 mama ni bukan rajin sangat nak kemas rumah.

Without my children, my wallet would be full .....soo untrue....coz wallet memang sentiasa nipis sejak sebelum kahwin hingga beranak pinak.

Without my children, my HEART would be empty......sooo true...cant imagine how's my life would be without them..

The colour of my life...my precious petite two...
To Hazim & Hadif...mama sayangggg korang berdua...

Nilai Spring Resort

Semalam seharian mama berbengkel di Nilai Spring Resort. Kalau ikutkan jadual, slot mama cuma belah pagi jer tapi meleret sampai ke sebelah petang. Perancangan awal nak bergedik2 kat Nilai 3 terkubur jer....huhuhu..

Disebabkan lokasi yang agak 'jauh', jam 6 pagi lagi mama dah keluar rumah..of courselah ditemani oleh en hubby tersayang. Hari ni papa terpaksa amik cuti sebab nak ngantar si binik yang penakut drive.

Sampai nilai spring resort ngam-ngam 8.30 pagi. After antar mama, papa pusing-pusing kat Nilai 3. Bengkel mama hari ni kat dalam bilik Rajah Brooke Ballroom nun di bawah sana.

Tajuk bengkel hari ni...bengkel garis panduan pengauditan JPS. After bengkel ni mama boleh tukar tajuk kerja dari engineer ke auditor plak kot..

Sementara tunggu peserta lain sampai, amik gambar mengarut2 dulu...

Gula-gula peneman sepanjang hari. Dapat mencegah diri dari mengantuk yang amatsss..

The best part bila pergi kursus ni adalah MAKAN. Hahahhaha (gelak setan). Sini buffet dia jamu western food. Nak cari nasi lemak bagai memang xdolarr....

Menu bakar-bakar pun ada gak...mama amik kambing, ayam n sosej bakar. Yang pasti kambingnya sedappp..

Pinggan desert..actually ada mcm2 jenis kek lagi tapi perut dah kekenyangan.

 
After lunch sambung lagi bengkel sampai 5.30. Then ada jamuan petang sikit..dijamu dengan kwayteow n murtabak. Pastu dengan sepantas kilat cabut balik coz takut jalan jem.

Bila tiba kat shah alam, nak masuk tol jelutong, jem teruk gila. Sampai satu jam nak exit sini. Panas hati betul.

Inilah puncanya...ada lori mampus kat tepi jalan. Huh..effect dia beratus kenderaan jem. Dahla seharian kepenatan berbengkel..sampai sini jalan jem pulak. Akhirnya...maghrib jugaklah baru sampai umah n amik anak2..