Friday, May 11, 2012

Urusan Passport Papa Settled

Sempena birthday, harini kami berdua amik cuti. Saja nak berdating berdua...curi masa untuk spent time together tanpa anak-anak. Sometimes, parents pun perlu private time untuk menyemai kasih sayang. ahakss...Pagi ni seperti biasa hantar Rayyans ke rumah pengasuh. Then plan pertama untuk setelkan urusan passport papa.

At first mama cadang nak buat kat PKNS jer tapi papa laju jer drive masuk highway ke Putrajaya. Kat Putrajaya tak ramai orang katanya. Sampai Putrajaya dalam 9.30. Pastu breakfast dulu kat kedai mamak kat area pejabat imegresen ni.

Lepas breakfast barulah terkial-kial mencari arah ke pejabat imegresen tu. Bila dah jumpa dan isi borang, papa plak tak bawa gambar passport. Nasib baiklah kat sini ada disediakan perkhidmatan buat gambar passport express. Kejap jer siap..harga RM15 untuk 4 keping gambar.

Dah setel urusan borang permohonan barulah leh amik no giliran. Hmmmm...sib baik tak ramai orang. Belum sempat duduk no papa dah dipanggil. Memang cepat betul.

Bila dah settled urusan kat kaunter permohonan, kena tunggu dalam 15 minit. Kemudian no papa dipanggil lagi sekali untuk urusan pembayaran.

Passport untuk 2 tahun harganya RM100. Bila dah selesai urusan pembayaran, dapatlah resit ni yang perlu disimpan untuk ambik passport nanti.  

Moto imegresen putrajaya ni adalah 'permohonan siap dalam 1 jam'. Hari ni memang menepati motonya....dalam sejam papa dah boleh collect passport.

Passport papa dah settled. Tinggal passport Rayyans jer lagi yang belum settle. Memang mama sengaja tak nak buat sekali sebab tak nak kelam kabut. Tau-tau jerla bila ada anak-anak ni susah skit nak dikontrol.

No comments:

Post a Comment