Tuesday, May 8, 2012

Restoran Ikan Laga

Semalam adalah hari isnin yang best. Hari ni plak adalah hari selasa yang best. Pagi2 masuk opis, terus dapat souvenier daripada Eldiani yang baru balik bercuti di pulau perhentian.

Sukaa..dapat souvenier fridge magnet ada kuda laut kaler pink. Makin bertambahlah koleksi fridge magnet mama.

Pastu tengah hari tadi ada date ngan kak suz. Janjinya nak jumpa sekejap jer sebab mama nak pass dokumen kerja. Sekali kak suz ajak mama lunch sama...mmmm..makan free lagi hari ni. Murah rezeki.

Restoran ikan laga ni terletak kat area opis mama jer. Food specialtynya adalah asam pedas, masak tempoyak dan bakar-bakar. Pilih jer apa jenis ikan yang ada, pastu nak masak asam pedas atau tempoyak atau bakar.

Selain 3 main menu tu ada jugak sup2. Kak suz order sup ekor dan telur masin. Sup ekornya memang sedap, merasa masam masin dan pedasnya.

Mama plak order set asam pedas ikan pari. Set ni termasuk nasi dan ulaman beserta sambal belacan. Asam pedasnya memang terasa pedas coz pas makan mama terus cari toilet. Hahahhah..

Kepada sesapa yang nak mencuba, bolehlah terjah ke alamat ini;
No 16, Jalan Opera A U2/A,
Taman TTDI Jaya,
40150 Shah Alam

No comments:

Post a Comment