Saturday, May 26, 2012

Nasi Tomato

Disebabkan ada tetamu nak datang hari ni, so mama masak special sikit. Hari ni masak nasi tomato. Memang dah lama sangat mama tak masak nasi-nasi selain dari nasi putih. Smapaikan Hadif makan bertambah-tambah. Kalau nasi putih kenmain susah nak makan. Tapi nasi tomato ni laju jer dia makan.

Resepi nasi tomato mama refer kat blog Chef Hanieliza.

Bahan - bahan :
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang
 
Bahan tumis :
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara - cara:  
Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu.. 

Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih. 

Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak. 

Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..

Mama hidangkan bersama lauk ayam madu, sup ayam, kailan ikan masin dan salad.

Sup ayam. Resepi boleh refer kat SINI.

Ayam madu. Resepinya boleh refer kat SINI.

Kailan ikan masin. Resepinya boleh refer kat SINI.

Akhir sekali, salad, timun dan tomato sebagai ulam.

Alhamdulillah...papa dan anak-anak makan bertambah-tambah. Termasuklah tetamu special iaitu Cikla.

Budak yang makan nasi bertambah berkali-kali. Orang dah siap makan pun dia tak habis-habis lagi.

Yang ni plak main lebih dari makan. Nasi tu diperam jer kat dalam mulut. Nurun cara mama makan masa kecik dulu..x dapek den nak nolong..

No comments:

Post a Comment