Saturday, May 26, 2012

Strawberry Cheese Cup Cake

Buat cheesecake ni khas untuk cikla yang datang bertandang kat rumah kami. Lagipun memang dah lama sangat mama tak bercheesecake ni. Rasanya sejak mama kena strok haritu tak pernah buat lagi cheese cake sampaila ke hari ni.

Resepi strawberry cheese cake sama jer ngan Blueberry Cheese Cake cuma tukar toppingnya ajer.

Bahan - bahan : 
1 bungkus biskut oreo (mama pakai 2 cawan biskut oreo yang hancur)
50grm butter
250grm cream cheese 
150grm gula castor
200ml whipping cream
1 sudu besar lemon juice (@ 2 sudu besar jika suka lebih rasa lemon)
1 1/2 sudu besar gelatin * (mama pakai 1 sudu sahaja)
1/2 cawan air panas*
Cara - cara:
Untuk bahagian dasarnya, kisar halus biskut oreo (yg tlh dibuang creamnya). Panas/cairkan butter dan gaulkan rata biskut oreo. 
Padatkan di bahagian dasar papercup, tekan dan sejukkan sementara dalam freezer.
Gelatin di campurkan ke dlm air panas, kacau hingga larut dan ketepikan.
Pukul cream cheese dan gula castor hingga gebu. Masukkan lemon juice dan whipping cream, pukul lagi hingga berkrim. 
Masukkan air yang mengandungi gelatin, pukul hingga sebati, masukkan ke dlm loyang tadi.
Tuangkan adunan ke dalam papercup yang mengandungi biskut oreo tadi. Masukkan kedalam peti sejuk (bukan freezer) selama sekurang-kurangnya 4 jam.
Bila dah sejuk, hiaskan dengan strawberry filling dan buah strawberry segar. Sedia untuk dimakan.      
Puas hati sangat bila mama masak something pastu anak-anak suka makan. Tak sangka Rayyans dah pandai makan cheese cake sekarang. 

Ini plak versi yang disalut dengan filling blueberry. For me, lebih suka yang blueberry sebab rasanya lebih manis. 

No comments:

Post a Comment