Friday, May 11, 2012

Shopping Baju Rayyans Kat Alamanda

Lepas makan heret papa window shopping kat alamanda. Dalam-dalam window shopping pun papa sempat merembat 2,3 helai baju untuk Rayyans dan untuk diri dia sendiri. Mama jer yang tak beli apa-apa..sebabnya semua baju size kecik..huhuhuh..

Papa ada belikan baju baru untuk Rayyans untuk dipakai semasa bercuti nanti. Baju baru ni, according to papa akan merangkap menjadi baju raya diorang. Tshirt kuning ni beli kat mother care.

The boys memang excited tiap kali dibelikan baju baru. Asalnya nak try baju baru jer, pastu terus takmo bukak balik.

Tshirt ni plak beli kat poney. Memang sengaja pilih kaler hijau sebab kaler tema untuk family day nanti.

Model tak berbayar tengah memperagakan baju baru. Kenmain suka lagi diorang bila dapat baju baru. Sabar ye anak-anak, nanti time bercuti baru kita pakai baju baru ni yer...

No comments:

Post a Comment