Thursday, May 3, 2012

Chicken..... Pox

Ni bukan entry masakan yer walaupun namanya chicken. Bukan chicken chop..tapi chicken pox. Atau nama melayunya cacar air. Tapi kalau bahasa kelantan kita panggil 'bertih'. 2 minggu lepas, anak bongsu pengasuh, Aidil kena chicken pox. Lepas Aidil baik, jangkit kat Hazim plak. 

Mula-mula Hazim demam selama 2 hari. Mama ingat demam biasa jer. Selepas 2 hari, start naik bintik-bintik merah yang berair. Ni tak lain, mesti jangkit chicken pox dari anak pengasuh tu.

Kesian Hazim, penuh satu badan naik chicken box. Sampai kat celah bontot n k***y pun ada. Yang kesian, dia dok merengek jer. Maybe sebab tak tahan gatal satu badan. Bila gatal dia mulalah menggaru. Pastu cacar tu pecah. Dah satu hal plak kepedihan. Bila mandi menjerit pedih. Sian anak mama.

Inilah ubat yang mama sapu kat badan Hazim. Walaupun tak menjamin boleh sembuh cepat, at least dapat mengurangkan kegatalan. Selain ubat ni, mama bagi Hazim minum air kelapa. Ikut petua orang tua-tua, ubat chicken pox ni daun semambu. Mana nak cari daun semambu ni? Susah gak sebab mama tak kenal daun semambu tu mcm mana. Pastu kena elakkan makan kicap, makan benda-benda yang gatal, elakkan air hujan...dan yang ni baru mama tahu...kalau kita menggoreng ada effect kat orang kena chicken pox ni. Katanya diorang akan terasa mcm meletus minyak menggoreng tu. Betul atau tak, wallahualam. Cuma mama berdoa janganlah jangkit kat Hadif plak.

No comments:

Post a Comment