Thursday, January 19, 2012

Kiwi Puff

Selepas dinner en somi tanya, takde pencuci mulut ke? haishh..ngada-ngada plak dia..nk cuci mulut gi lah berus gigi. hehehe..tapi pn isteri ni hati baik..buatkan jugaklah pencuci mulut yang simple-simple jer.

Resepi puff ni mama refer kat blog CMG..tapi CMG buat perisa blueberry. Mama tukar ke perisa kiwi coz kiwi jer yang available kt esbok mama.

Bahan - bahan :
10 keping puff pastry jenama "Kawan" saiz 4 x 4 inci
1 kuning telur + 1 camca teh susu cair - kacau rata 
Blueberry filling secukupnya - tukar ke kiwi filling
Buah kiwi fresh potong kecil - mama tambah

Cara - cara :

Ambik 1 keping puff pastry, kerat 4 bahagian. Ambil 1 bahagian, buat potongan pangkah. Bahagian satu lagi, diletak 3/4 camca teh kiwi fillling. Susunkan buah kiwi kat atas filling. Tutup dengan bahagian yang dipotong dan tekan tepinya dengan garfu.

Alih dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap. Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 190C selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan..

Ikan Bawal Hitam Berlada

Waaaa..dah kering idea nak masak apa dengan ikan-ikan kesayangan ni. Sudah tiba masanya kita ulang tayang menu yang sama. Berdasarkan bahan-bahan yang ada dalam almari (cheh skema ayat) malam ni kita makan ikan berlada lagi ye papa.

Resepi ikan berlada ni mama dapat dari buku Chef Hanieliza, 1 hari 1 resepi.

Bahan - bahan (A) : 
2 ekor ikan selar - mama ganti ikan bawal hitam
1 labu bawang besar - dipotong gelang
5 biji limau kasturi - diambil jusnya
Garam secukup rasa
2 sudu teh serbuk kunyit
Minyak bagi menggoreng

Bahan - bahan (B) : dikisar
6 biji cili merah
5 biji cili api
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Cara - cara :
Bersihkan ikan. Kemudian lumurkan garam dan serbuk kunyit.
Gorengkan ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing.
Masukkan garam dan bawang besar. Kacau rata.
Tutup api dan tuangkan jus limau kasturi. Kemudian kacau lagi.
Angkat dan tuangkan di atas ikan. Hidangkan.

Angry Bird Part 3

Dah kata mama tengah kemaruk pakaikan Rayyans dengan baju angry bird...2 hari lepas mama order lagi baju angry bird ni. Kali ni join venture ngan mama jue plak. Mama belikan Rayyans 4 pasang. Then mama jue belikan mawar angry bird pink untuk mawar.

Pagi ini dengan bangganya diumumkan pyjamas yang mama beli dah sampai. 

Tak sabar nak pakaikan Rayyans dengan pyjamas ni. Nanti mama update pictures diorang pakai baju-baju ni plak yer..


***updated gambar Rayyans pakai baju angry bird

Tin Comel

Jumaat lepas masa meronggeng ngan opismate kat giant ternampaklah somebody pegang tin-tin yang kiut ni kat kaunter. Hati ni tertanya-tanya, apalah yang ada kat dalam tin tu. Kebetulan masa tu mama dah habis bayar dan baru nak keluar dari giant. Nak masuk balik cari tin tu masa dah suntuk sangat. So pendamkan dulu niat dalam hati. Esoknya mama heret papa ke giant, semata-mata nak mencari tin tu. Akhirnya cita-cita mama terlaksana...hehehe..dalam hati ada taman.

Haaa ko..sekali borong 3 tin daa. Cantik kan tin-tin ni? Corak ala-ala english style. Sebab tu la boleh menarik perhatian mama penggemar dekorasi ala inggeris ni. Ni bukan sekadar tin kosong jer tau. Cer teka apa yg ada dalam tin ni? 

Taraaa..inilah dia biskut oat crunch pelbagai perisa. Kebetulan biskut-biskut ni memang kesukaan Rayyans. Jadi takdelah mama membazir. Rayyans makan biskut. Mama dapat tin buat koleksi. 

Santapan Raja

Tadi lunch date ngan papa..tiap ari mesti pening mikior tempat nak makan. Tetiba tekak macam nak santap ala-ala raja jer..tapi takde dayang yang boleh masakkan. Papa suggest makan burger raja a.k.a burger king jer la...hahahaha

Ayat feveret papa bila makan berdua macam ni .."dah lama takde momen-momen macam ni..makan berdua macam zaman berdating dulu"..nan ado lah papa ehh..bukan ke breakfast, lunch n dinner berdua jer ke? Cuma wiken jer dikelilingi 2 orang 'dayang' kiut..

Burger untuk si permaisuri..chicken royale

Ni plak untuk my king...whopper black pepper

Ni plak dessert untuk permaisuri..permaisuri lagikk?? hehehe..

Wednesday, January 18, 2012

Ikan Siakap Bakar Tomyam

Hari ni masih bertahan mood rajin untuk kedapur. Lagipun anak-anak berperangai baik..tak mengacau mama kat dapur. Diorang cuma kacau papa kat tingkat atas tengah basuh kain. Malam ni mama masak siakap bakar tomyam plak. Macam-macam resepi dah mama try minggu ni. Esok tak taulah nak masak apa plak.

Resepi siakap bakar tomyam ni of courselah dari buku 1 hari 1 resepi Chef Hanieliza. Resepinya memang senang nak masak.

Bahan A :
1 ekor ikan siakap - bersih dan kelarkan
2 sudu makan pes tomyam
5 helai daun limau purut
1 sudu makan jus limau kasturi
1 biji tomato
Aluminium foil


Bahan B (dikisar) :
2 biji cili merah
5 biji cili api
3 batang serai
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara - cara :
Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letakkan di dalam aluminium foil (Jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin).

Letakkan ikan, daun limau purut dan tomato. Kemudian bungkus kemas.

Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit.

Perahkan limau semasa menghidang.

Hugs N Kisses

 Missing them

Just love both

Kangkung Goreng Belacan Dengan Sotong

Inipun lauk untuk last nite punya dinner. Sebenarnya ni kangkung goreng belacan, cuma ditambah dengan sotong. Katanya tengah nak menghabiskan stok bahan basah dalam peti sejuk.

Bahan A :
500g kangkung
3 ekor sotong
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B (ditumbuk) :
3 biji cili api
1 inci belacan
1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah

Cara - cara :
Kangkung dipotong kecil dan dicuci bersih.
Sotong dipotong bulat, basuh dan toskan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan sotong dan goreng setengah masak.
Masukkan kangkung. Kacau rata dan rasakan masinnya.
Hidangkan dengan nasi putih.

Ikan Siakap Kukus

Last nite punya dinner..siakap kukus. Minggu ni terpaksa merajinkan diri masak untuk dinner coz wiken lepas dah terbeli ikan terlebih sikit. Wiken ni plak dah nak balik kampung. So sayanglah kalau tak masak lama-lama ikan tu busuk plak nanti.

Resepi Ikan Siakap Kukus ni mama amik kat Buku Chef Hanieliza 1 Hari 1 Resepi.

Bahan A : 
1 ekor ikan siakap
Sedikit garam (jika perlu)
1 sudu makan sos ikan
1/4 cawan air
Sedikit daun ketumbar
1 batang lobak merah (mama tambah)
1 batang celeri (mama tambah)

Bahan B (dihiris) :
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 inci halia
5 biji cili apa - pakai 2 biji cili merah

Cara - cara :
Bersihkan ikan dan sapukan garam pada seluruh ikan.
Masukkan semua bahan ke dalam kuali.
Masakkan ikan dengan api yang kuat selama 15 minit.
Hidangkan dengan nasi putih.

Tuesday, January 17, 2012

Ole - Ole Dari China

Paling best bila boss - boss ke luar negara adalah buah tangan untuk kitorang. Kali ni En Zul plak ke China untuk technical visit. Selalunya weolsz cuma kirim air liur suh beli keychain or fridge magnet. But kali ni En Zul tak sempat nak belikan souvenier untuk kitorang coz kesempitan masa. Walaupun keychain n fridge magnet takde, tapi dia ada belikan benda lain untuk kitorang. Apakah 'benda' itu???

Ada gajus, badam dan pistachio. En Zul cuma beli kekacang je yer, tidak termasuk dengan model ni sekali.

Kekacang yang telah selamat ditransfer ke bekas yang lebih gojes...pssttt..ni bekas kuih boss besar punya.

Dua jenis cendawan kering....yang sememangnya kering idea untuk masak apa dengan cendawan-cendawan ni.

Seaweed..yang nak sama besar dan gebu macam bantal kekabu. Ni pun tak tau nak masak apa. Sushi melayu maybe?

Last sekali, kotak merah yang menarik perhatian ni. Apakah isi kandungan kotak ni? Jeng..jeng..jeng..

Selak pintu kotak nampak tin-tin merah yang cantik disebalik kelambu dedaun ni.

Selak kelambu buka tutup tin ada teh china rupanya. Pastu selamatlah teh yang wangi ni dibancuh jadi minum petang kami. Wangi sungguh tehnya.

Monday, January 16, 2012

Ikan Bawal Emas Masak Kicap

Hari ni adalah hari isnin. Maksudnya hari ni adalah hari bekerja. Tapi kenapa mama update pasal masakan? Bukan ke mama cuma masak during wiken jer? Ke mama dah insaf? Nak bagi en somi makan hasil air tangan sendiri. Hahhaha..takde maknanya. Ni masak rajin bersebab..sebabnya terlebih beli stok ikan kat giant sabtu lepas. Ikan-ikan seme segar bugar dengan harga durian runtuh. Kelabu mata jap borong ikan. Bayangkan mama rembat 2 ekor bawal emas, 2 ekor bawal hitam, 2 keping salmon, 2 ekor ikan siakap plus sekor ikan pasu beli kat pasar malam jumaat lepas. Now marathon masak untuk habiskan semua ikan-ikan tu sebelum balik bercuti kat kampung..padan muka..

Malam ni mama masak ikan bawal emas goreng kicap. Resepi dari buku chef hanieliza lagik. Tapi resepi asalnya nama sambal ayam berkicap. Jadi mama tukar penyanyi utama dari ayam ke ikan. Aci tak??

Bahan A :
1/2 ekor ayam - tukar sekor ikan bawal emas
2 batang serai - diketuk
5 helai daun limau purut - dikoyak
1 batang lobak merah - mama tambah
5 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tomato
3 sudu makan minyak masak
Garam
Kunyit

Bahan B (dikisar) :
20 tangkai cili kering - mama guna 2 sudu cili giling
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 cawan air

Cara - cara :

Perap ikan dengan garam dan kunyit. Gorengkan dalam minyak dalam kuantiti yang agak banyak (biar ikan berenang dalam minyak). Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai hingga wangi dan garing.

Masukkan daun limau purut, lobak merah, sos tomato dan kicap. Masakkan sehingga pecah minyak.

Tuangkan kuah ke atas ikan bawal tadi dan siap untuk dihidang. Boleh ditabur daun bawang atau daun sup kat atas ikan tu. Hidangkan bersama nasi putih.


Kali ni mama sertakan sekali telur dadar dalam set dinner kami malam ni.

Sunday, January 15, 2012

Ladies Finger....or Hadif's Finger

Lihatlah..pandanglah tanganku yang gebu dan jariku yang montoks...Jariku yang montoks telah luka akibat kenakalan diri sendiri.

Mmm... tu la... Hadif ni degil tak dengar cakap mama. mama dah cakap jangan main tikar buluh..kan dah luka. 

P/S : Luka sikit jer tapi nangis over..

Lala Goreng Ala Thai

Makan nasi goreng bujang jer macam 'tasteless' la plak...hehehe..jadi masakkan jugaklah lauk untuk dimakan bersama nasi goreng tadi. Masak lala goreng ala thai.

Bahan - bahan :
2 sudu cili kisar
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inch halia*
3 batang serai*
garam dan gula secukup rasa
2 sudu minyak untuk menumis

Cara - cara :
Kisarkan semua bahan bertanda *.
Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing.
Masukkan lala dan goreng sehingga masak.
Masukkan daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
Sedia untuk dihidang.

Sharing Is Caring

Kesian basikal kecik kena tampung dua orang budak bolatss..sorang dah mandi tak sempat pakai baju..sorang lagi maintain mashammm...

Aduhh..bila nak sampai ni Hadif. Kayuh lah cepat.

Meh sini Hazim kayuh plak...humang aihh..berat sungguh budak Hadif ni.

Penatlah kayuh bawak Hadif ni. Baik Hazim gi mandi lagi best.

Nasi Goreng

Malam ni ubah selera skit. Mama masak nasi goreng. Asyik makan nasi putih jer hari-hari bosan gak kan? Rayyans pun bila mama ubah menu sekali sekala makan laju jer. Tu yang mama suka tu. Sekejap jer sepinggan nasi kongsi dua orang dah habis. Kalau tak berkejar keliling rumah dulu baru la nak makan


Bahan - bahan :
3 cawan nasi sejuk dileraikan (betul ke istilah ni?)
2 ulas bawang putih - dihiris
3 ulas bawang merah - dihiris
1 camca besar cili kisar
2 biji telur, pukul sedikit
Sedikit sos ikan
Secubit gula

Cara - cara :
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah hingga harum.
Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah sedikit sos ikan. 
Tolak bahan tumisan ke tepi kuali dan masukkan telur, kacau rata.
Tambah secubit gula dan nasi, gaul rata dan masak hingga nasi kelihatan kering. 
Rasa dan jika kurang masin, renjiskan sedikit lagi sos ikan. 
Masak sekejap dan matikan api. 

Tomyam Sayur

Another simple recipe untuk diduetkan dengan ikan bawal emas 3 rasa tadi. Tekak mek ni kalau makan tomyam memang serasi sangatlah. Kalau makan kat luar pun tomyam ni bolehlah dikatakan menu wajib order. Kali ni mek buat tomyam sayur jer.

Bahan - bahan :
1 pokok brokoli
1 batang lobak merah
2 biji tomato
2 ulas bawang putih diketuk
3 batang serai
Daun limau purut
2 sudu pes tomyam
Garam secukup rasa
4 cawan air


Cara - cara :
Masukkan kesemua bahan kecuali tomato dan brokoli ke dalam periuk. Didihkan.
Masukkan brokoli dan masak sehingga brokoli sedikit layu.
Tutupkan api dan masukkan tomato.
Hidangkan dengan nasi putih.

Ikan Bawal Emas 3 Rasa

Asyik-asyik masak 3 rasa jer...takde menu lain ke? Takde dik..ini jer yang senang. Potong-potong pastu main campak-campak jer. Mek ni bukan rajin sangat nak menggulai bagai..nak kena bertunggu tepi dapur. 


Bahan - bahan : 
Sekor ikan bawal emas
3 ulas bawang merah - mayang
3 ulas bawang putih - mayang
2 inch halia - mayang
2 sudu cili boh
2 sudu sos cili
2 susu sos tomato
carrot potong panjang-panjang
nenas potong kiub
2 sudu air perahan lemon
4 sudu madu larutkan dengan secawan air
Garam
Kunyit

Cara - cara :
Perap ikan dengan garam dan kunyit. Gorengkan dalam minyak dalam kuantiti yang agak banyak (biar ikan berenang dalam minyak). Angkat dan toskan.

Tumiskan bahan - bahan yang dimayang beserta cili boh sehingga garing. Masukkan bancuhan madu, sos cili dan sos tomato. 

Masukkan carrot dan masak sehingga carrot sedikit lembut. Kemudian masukkan nenas dan perahan lemon dan kacau sehingga pekat.

Tuangkan kuah 3 rasa ke atas ikan bawal tadi dan siap untuk dihidang. Boleh ditabur daun bawang atau daun sup kat atas ikan tu.

Puding Laici

Dah lama sangat tak buatkan puding untuk anak-anak. Rayyans ni kalau puding laju jer makannya. Coz diorang ingat  puding  ni adalah aiskrim. hehhee..yelah,  puding kan dimakan sejuk-sejuk. Tapi yang bestnya, puding laici mama ni dah jadi kaler pink. Gara-gara terbeli agar-agar bewarna merah. Belasah je la..janji rasa tetap sedap.

Resepi Puding Laici ni mama refer kat blog Tiffin Biru Che Mat Gebu. Tapi CMG buat kaler putih...mama punya kaler pink uuu..


Bahan - bahan :
5 gram serbuk jelly "konnyaku"
625 ml air (2 1/2 cawan)
4 camca besar gula pasir
200 ml susu sejat "IDEAL"
1 tin laici, kisar 1/2 isinya dengan 125 ml air laici dalam tin
1 helai daun pandan
Strawberry sebagai hiasan - tak letak

Cara - cara :
Satukan gula dan sebuk jelly ke dalam periuk berisi air tadi, kacau hingga sebuk jelly larut.

Masukkan daun pandan, dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih, kacau selalu. Matikan api.

Masukkan susu cair dan isi laici yang dikisar tadi. Kacau rata dan tuang ke dalam bekas sesuai. Biarkan hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam atau hingga mengeras.

Hidangkan bersama hirisan laici dan strawberry, jika suka boleh dituangkan air laici dalam tin tadi sebagai kuahnya. Sedap dimakan sejuk.

Mihun Goreng

Pagi semalam breakfast dengan mee goreng. Pagi ni tukar ke mihun goreng plak. Mama masak main campak-campak jer based on barang-barang yang ada kat dapur.

Bahan - bahan :
1/3 peket mihun
1 ikat sawi
2 keping burger ayam 
2 ulas bawang putih - ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk
1 sudu kicap
Garam secukup rasa

Cara - cara :
Rendamkan mihun dalam air panas sehingga lembut, toskan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
Masukkan kepingan burger ayam dan kacau biar sedikit hancur.
Masukkan kicap, sawi dan garam. 
Masukkan mihun dan gaul rata.

Saturday, January 14, 2012

We're Happy Family

Rayyans tak habis-habis melaram dengan pyjamas baru. Mama dah kemaruk pakaikan diorang dengan pyjamas coz nampak lebih macho. Ye ke?? 

I love Mom & Dad. Even though we're going to different direction but we're still happy family.

Pie Apple Puff

Hari minggu kalau tak kemana-mana, mulalah perut asyik rasa lapar jer. Bila tengok isteri dok merelax-relax jer mulalah en suami tanya 'ma...takde apa-apa makanan ke nk makan petang ni?' Pastu mulalah pn isteri mencari-cari resepi yang sesuai iaitu senang dan cepat dan sedap. Pie apple puff ni senang jer nak masak coz guna pastry yang segera jer.

Resepi asal Pie Apple Puff ni mama amik dari dapur Tiffin Biru Che Mat Gebu.

Bahan - bahan :
1 paket puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 inci x 4 inci)
1 kuning telur*
1/2 camca teh esen vanilla *(*disatukan dan pukul sedikit)
2 biji epal hijau, kupas dan dadu kecil
2 camca besar kismis
1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis
3 - 4 camca besar gula perang (soft brown sugar)
1 camca besar mentega berkualiti tinggi
1 camca teh tepung jagung
Secubit garam

Cara - cara :
Cairkan mentega dalam non-stick pan, goreng epal dan kismis hingga harum, masukkan gula perang dan serbuk kayu manis, kacau rata dan biar epal sedikit layu. Tambah gula perang, masak hingga pekat. Masukkan secubit garam dan tepung jagung, kacau rata dan masak hingga pekat, guna api kecil. Sejukkan. 

Ambil sekeping puff pastry, kerat dua. Satu bahagian dikelar atau ikut kreativiti masing2 untuk mencorak. Letak 1 camca besar inti dalam bahagian satu lagi, kemaskan dan tutup dengan puff pastry yang bercorak. Tekan tepinya dengan garfu, susun dalam loyang pembakar, buat hingga siap dan sapu dengan kuning telur. 

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C, selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk sarapan atau minum petang.

Sup Sayur

Sup sayur campur ni diduetkan dengan ikan pasu goreng berlada tadi. Memang menyelerakan bila dihirup panas-panas. 


Bahan - bahan :
1 batang tofu jepun - potong nipis
1 batang lobak merah
1 ikat sawi
1 ikat kailan
1 biji telur
1 labu bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - cincang
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara - cara :
Dalam kuali/non-stick pan, panaskan minyak dan goreng dahulu tofu jepun tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan dalam 2 sudu besar. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan.

Masukkan air untuk kuah secukupnya. Masukkan  lobak merah. Biarkan mendidih dan lobak merah sedikit lembut.

Masukkan garam, kailan, sawi dan tofu jepun tadi. Biarkan mereneh sebentar dengan api sederhana. 


Pecahkan telur dan masak sehingga telur mengeras. Hidangkan panas-panas.

Ikan Pasu Berlada

Hari ni masak simple jer untuk makan tengahari..ikan pasu goreng berlada. Kalau masak camni, jenis goreng-goreng garing ni lajulah sikit 3 hero makan nasi. Hero-hero saya ni kalau masak kuah yang berlemak tu jawabnya makan tak sepenuh hati la.

Semalam beli ikan pasu ni kat pasar malam. Actually tak tau ni ikan apa, tanya kat penjual tu cakap ikan pasu. Ni ikan sangkar tapi tak surelah ikan air masin or air tawar. . Rasa ikan ni lebih kurang ikan siakap tapi makan kena lebih berhati-hati coz tulangnya amatlah banyak. Tulang-tulang bercabang yang halus...

Resepi ikan berlada ni mama dapat dari buku Chef Hanieliza, 1 hari 1 resepi.

Bahan - bahan (A) :
2 ekor ikan selar - mama ganti ikan pasu
1 labu bawang besar - dipotong gelang
5 biji limau kasturi - diambil jusnya
Garam secukup rasa
2 sudu teh serbuk kunyit
Minyak bagi menggoreng


Bahan - bahan (B) : dikisar
6 biji cili merah
5 biji cili api
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah


Cara - cara :
Bersihkan ikan. Kemudian lumurkan garam dan serbuk kunyit.
Gorengkan ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing.
Masukkan garam dan bawang besar. Kacau rata.
Tutup api dan tuangkan jus limau kasturi. Kemudian kacau lagi.
Angkat dan tuangkan di atas ikan. Hidangkan.

Mee Goreng

Mee goreng adalah menu wajib breakfast setiap pagi sabtu. Rayyans lebih suka makan mee berbanding nasi ataupun kuih-muih. Jadi mama tak payah nak pening-pening kepala mikirkan nak masak apa. Goreng jer mee sure anak bujang makan tak toleh kanan kiri.

Mama n papa pun boleh makan sekali tak perlu nak masak 2, 3 jenis masakan. Pagi ni mama goreng nugget tempura ayamas untuk digandingkan dengan mee goreng ni. Dapat pulak air teh hasil air tangan en somi...fuhhh..berselera ai breakfast pagi ni.

Bahan - bahan :
1 bungkus mee kuning - rendam dalam air panas, cuci dan toskan
20 ekor udang
2 sb sos tiram
2 sb sos tomato
3 sb sos cili
2 sb kicap pekat
1 ikat kailan
garam dan sedikit gula
minyak utk menumis
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih - hiris halus
4 ulas bawang merah - hiris halus

Cara - cara :
Bersihkan udang basah, cuci dan toskan. Campurkan sedikit garam dan goreng. Angkat, toskan dan ketepikan dulu.

Panaskan minyak & tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan goreng lagi.

Bila cili dah masak, masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Tambah garam dan gula jika perlu.

Masukkan mee dan kailan. Gaulkan biar rata.

Hidangkan dengan nugget.

Friday, January 13, 2012

Angry Bird Part 2

Malam ni Rayyans melaram dengan baju angry bird lagi. Macam best plak tengok diorang pakai baju angry bird ni..tambah hensem anak mama. Hadif makin nampak membolatss..

Hijau untuk Hadif.... biru untuk Hazim

Mama, kami nak lumba basikal. Cepat tiup wisel.

Bosanlah mama basikal tu kecik...tak mencabar. Kita lawan tricycle la plak.

Vroomm...vroomm...kita dah nak berlepas.

Tunggu Hadif tiup wisel dulu..preeeettttt..

huk aloh...orang dah nak berlepas dia baru nak tiup wisel.

Relax la brother..ai baru nak panaskan enjin ni ha

Huh..apa-apa lah..janji ai boleh menang..