Dah lama mama bertangguh nak buat entree susulan dari Wall Decoration : Frame Part 1. Frame ni mama tempah kat Airis Wall Deco. Memandangkan rumah dah bermekap baru, barulah semangat sikit nak tepek frame2 tu kat dinding...seterusnya barulah bersemangat waja nak hapdate blog ai ni.
Ini first 3 frame yang mama tempah...gambar buah hati mama. Saiz frame ni 12 x 18 inch @ RM 50 per item. Mama puas hati ngan kualiti gambar n framenya (ai promote free jer ni...mana tau kot2 dapat diskaun pasni). pssttt..cantik tak roses mama yang bergantungan tu? nanti ada masa n kalau mood R datang mama hapdate pasal koleksi roses yang mama dah kumpul setakat ni.
Ini plak second batch frame yang mama tempah. Satu set ada 4 keping frame bersaiz 8 x 8 inch @ RM 90. Frame ni kena sangat bila mama tepek kat area tangga ni.
Ini plak gambar latest yang mama order..masih dalam proses pembikinan. After 3 tahun kahwin, anak dua baru la terhegeh-hegeh nak framekan gambar kahwin. Set 4 keping ni include 2 pieces of 8 x 8 inch plus 2 pieces of 8 x 14 inch. Harganya RM 70...murah gila. Untuk info lebih lanjut sila rujuk SINI. Dah siap nanti mama hapdate blog Wall Decoration : Frame Part 3 plak (best plak wat entree berantai ni)
No comments:
Post a Comment