Friday, October 21, 2011

BAGUS....Kunjungan Susulan

Haa..kan dah kata mama dah jatuh cinta ngan kedai kek bagus ni. Masih ada barang-barang yang mama perlu penuhkan dapur cinonet mama selepas kunjungan kali pertama minggu sudah. So pas lunch kat burger king, mama heret papa ke kedai bagus lagi. Kali ni disertai dengan mama jue sekali.


Kali ni mama berhabis untuk alat alat perkasan memasak. Biasala, mama kan baru berjinak-jinak untuk memasak, jadi perkakasan memasak masih belum lengkap. So sekarang ni mama akan mula mengumpul sedikit demi sedikit hingga perkakasan memasak mama lengkap.


Sekarang tengah gila mood mengekek, so kena lah ada cake stand ni satu untuk kesenangan memotong kek nanti...ni semua idea dari papa..


Selain perkakasan tu, mama ada juga beli serba sedikit stok bahan masakan. Manalah tau kot-kot wiken ni terlebih mood R boleh lah mama mencuba resipi-resipi baru. Semoga cita-cita dan semangat mama memasak ni akan berkekalan sampai bila-bila.

No comments:

Post a Comment