Happy deepavali untuk semua kawan-kawan mama yang beragama hindu. Teringat semasa mama kerja kat ofis lama dulu, majoriti officemates mama beragama hindu. Jadi, kat opis kami memang akan ada decoration dari beras yang berwarna warni. Pastu every morning diorang akan nyalakan pelita. Tapi tu 5 tahun sudah..sekarang mama bekerja di persekitaran baru...dikelilingi kawan baru yang beragama Islam sahaja. Kenangan menyambut deepavali..makan marukku cuma tinggal memori sahaja.
Sempena deepavali hari ni 1 Malaysia bercuti. Dari semalam mama dah rancang nak masak puding oreo...siap print resepi kat opis. Bahan-bahan pun mama dah beli siap-siap. Bila mama dah ready nak masak, cari resepi takde plak...huhuhu..mama tertinggal resepi kat opis. Lupa nak bawa balik. Nak buat main hentam plak risau tak menjadi puding tu nanti...sukatan bahan-bahannya mama tak ingat.
Tapi, semangat nak masak tu tetap ada. Belek-belek buku report masakan mama, terpandang kat resepi White Chocolate Cup Cake dari Dapur Tanpa Sempadan CMG. Bila baca bahan-bahan yang diperlukan, semua dah ada dalam gobok mama. So pagi ni dari plan asal nak buat puding terus bertukar mengekek bersama anak-anak plak.
Bahan - Bahan :
200 gram coklat masakan putih
70 gram mentega
2 biji telur gred B
50 gram gula halus (mat letak 40 gram)
60 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
70 gram mentega
2 biji telur gred B
50 gram gula halus (mat letak 40 gram)
60 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
Cara - cara :
Cairkan coklat secara kaedah "double - boiler" dengan api kecil hingga coklat cair, masukkan mentega, kacau rata hingga mentega cair dan sebati. Ketepikan, biar suam.
Pukul telur dengan gula hingga gula larut, tak payah sampai kembang. Tuang ke dalam coklat tadi, sambil dikacau pantas hingga sebati.
Sudukan ke dalam muffin cup 1/2 penuh, bakar pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak
Untuk satu adunan ni mama dapat 15 biji cup cakes..yang mana telah selamat menerjah perut hero-hero ku.
Pelbagai aksi Rayyans enjoy the cake..sampai terbaring-baring. Yang pasti, resepi ni boleh diulang tayang lagi coz my kids suka sangat makan...
No comments:
Post a Comment