Saturday, October 8, 2011

Puding Roti Karamel

Di suatu pagi sabtu yang dingin...

Papa : Mama, papa kena gi kerja la pagi ni..nak kena siapkan repot. Pastu kontraktor plak nak buat kerja hari ni. Papa kena monitor diorang.
Mama : Report apa plak cuti-cuti ni? (mama mood dah ketaq). Hari minggu ni jer la ada masa nak luang ngan anak-anak. Kerja mati-mati pun tak kaya-kaya gak..bla..bla..bla..
Papa : Ok..papa gi dulu ekk...
Mama : Huh...bosan...

Untuk mengisi kebosanan mama, tetiba terajin plak nak mengkuking...resipi cilok dari blog awek cun, kak azlita masam manis tu. Kak azlita masak puding roti karamel ni cantik sangat...mama buat takat lepas tekak sendiri makan jer...dan tekak papa jugaa..meh kita intai resipi n cara-cara masaknya.

Bahan-Bahan:
3 sudu gula pasir utk buat gula hangus
8 kpg roti di carik2 atau potong kecil2 (mek pakai roti butterscotch)
1 tin susu pekat manis
1 tin susu UHT (pakai sukatan tin susu pekat manis tadi)
majerin - sapu pd roti sblm roti di potong
5 biji telur
2 sudu perisa vanila (pakai tutup btl vanila pon blh)
nenas dlm tin di potong kiub (tak de stok)
Chery hijau n merah (ni pun tak letak, tak de stok)
sedikit kismis



Cara-cara:
Tabur gula dlm loyang (ini adalah proses untuk membuat gula hangus) dan letak atas dapur bila dah cair biarkan sebentar.
Pukul semua bahan kecuali roti, nenas, chery n kismis. Pukul dengan perlahan sahaja jangan sampai berbuih.


Masukkan sedikit dlm loyang gula hangus td selepas tu susun roti, taburkan nenas, chery n kismis kemudian masukkan lagi bahan tadi dan ulang hingga habis. Biarkan sekejap hingga roti dah serap dan bolehlah mula mengukus.

Kukus selama 45 minit. Sesudah puding masak biarkan sejuk sebentar. Akhir sekali masukkan dlm peti ais. Puding ni sedap sekali jika dimakan bersama caremel sos ataupun castard sos. Boleh dimakan ketika sejuk atau pun panas. Cuma jika panas susah sikit nak keluarkan dari loyang alatnyer kena korek pakai sudu aje le.

Taraaa..dah boleh makan..tapi mek punya tak secantik kak azlita nyer masakan...hehehe..malu mek..tapi walaupun tak cantik papa masih puji sedap (maunye tak puji, karang bini gantung periuk belanga terus dapur tak berasap).

No comments:

Post a Comment