Friday, October 14, 2011

Tiramisu

Malam tadi mood terlebih rajin dan terlebih excited sebab semalam berjaya beli biskut tiramisu. Selepas dinner mama dibantu oleh papa, kami berdua memulakan tugas membuat tiramisu. Resepi dan tutorial tiramisu ni mama ambil dari good fren mama, Zeta Seliman...thanks ye eta coz sudi berkongsi resepi ni.

Pagi ni mama bawa tiramisu untuk kawan-kawan kat ofis..dapat la merasa sorang sikit...nak tau komen dari juri tetap kat ofis ni boleh refer kat Mama Jue.

Ini first trial mama buat tiramisu..masih banyak kekurangannya. Tiramisu mama agak lembik..susah nak dipotong. Kalau nak makan kena cedok ngan sudu. Terpaksala mama bertanya balik ngan chef zeta..apa puncanya..Rupa-rupanya mama guna mascorpone cheese dan telur fresh from fridge. Sepatutnya cheese dan telur tu kena set ke room temperature terlebih dulu..tu yang mama cakap mama over excited..tak sempat cheese tu nak 'mengroom temperaturekan' diri mama dah tak sabar-sabar nak masak. Insyaallah, pasni pasti ada ulang tayang menu ni kat blog mama. Tungguuu.....

Sini mama sharekan resepi yang mama cilok dari Zeta..mana tau kot-kot ada opismate lain terajin nak buat tiramisu ni bagi mama makan plak.

Bahan-bahan :


15 biskut jejari tiramisu
3 biji biskut (asingkan putih dan kuning telur)
1 1/2 cawan expresso (mama pakai nescafe)
250 g mascarpone cheese
5 sb gula kastor
serbuk koko


Cara - cara :

Campurkan 1/2 gula dan kuning telur. Kacau hingga gula larut. Pssstt...kali ni ai berjaya asingkan kuning telur dengan jayanya tanpa pecah ****tetiba kagum ngan diri sendiri.

Masukkan mascarpone cheese dan kacau hingga sebati. Ketepikan. 

Nampak tak tekstur campuran adunan tu tak berapa nak licin coz mama guna telur dan cheese yang baru keluar dari peti sejuk. Peringatan..kena set cheese tu ke suhu bilik dulu ya puan-puan.

Dalam bekas lain, campurkan gula dan putih telur. Putar menggunakan kelajuan tinggi hingga adunan yang lembut terbentuk.

Adunan tu akak melekat jer kat loyang walaupun loyang tu diterbalikkan.


Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan mascarpone cheese tu tadi. Kacau hingga sebati dan ketepikan.

Cairkan nescafe...biar pekat-pekat.

Celupkan biskut jejari tiramisu ke dalam nescafe. Psst..tu jemari laki ai..kalau jejari ai gebu gebas gitu..

Susun elok-elok dalam bekas transparent. Mama pakai tupperware hadiah nestum Rayyans jer. Muat-muat 3 keping biskut.

Kemudian lapiskan dengan campuran adunan krim tadi. Ratakan.

Lapiskan serbuk koko kat atasnya.

Ulang langkah kat atas balik. Celupkan biskut jejari tiramisu dalam nescafe dan lapis kat atas lapisan serbuk koko.

Layerkan dengan krim lagi sekali.

Last skali tabur serbuk koko. Kemudian simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam sebelum makan.

Ini pula tiada kaitan dengan bahan - bahan atau pun cara - cara masak tiramisu. Ini budak suka kacau mama masak.

No comments:

Post a Comment