Selesai potong rambut Rayyans dah tengahari. Perut pun dah mula berkeroncong minta diisi. Hajat hati nak singgah jer kat mana-mana restoran untuk makan tapi bila memikirkan 2 hero ku yang terlebih aktif ni, terus mama pendamkan jer hajat tu. Silap-silap nanti nasi kemana..Rayyans kemana...
Jawabnya mama terpaksa merajinkan diri masak lauk..lagipun petang semalam papa ada beli ikan kembung. Masak yang simple jer...menu hari ni ikan kembung sweet sour. Kat dapur NITA SUDIP KAYU ada resepi kembung sweet sour ni. So mama minta izin cnp la yer..
Bahan - bahan :
4 ekor ikan kembung digoreng garing - mama masak 1 ekor jer
2 ulas bwg merah2 ulas bwg putih
1 inci halia
1 sudu sos tiram
1 sudu cili kisar
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu plum sauce
Sayur2 campur : carrot,cauliflower,tomato,pea,babycorn,nenas - mama letak carrot jer
Gula & garam secukup rasa
Minyak utk menumis
Blend bwg merah, putih & halia. Tumis. Masukkan segala jenis sos tu. Masak sebati. Masukkan sayur & masak lagi sehingga sayur agak lembut. Tuang kuah atas ikan.
No comments:
Post a Comment