Tarik upih merupakan satu permainan kanak-kanak yang dimainkan oleh kanak-kanak di beberapa negara ASEAN. Upih pinang adalah pelepah/"pangkal" daun pokok pinang. Lazimnya apabila pelepah ini tua, ia akan luruh atau jatuh ke tanah. Ketika pelepah ini jatuh ia masih berguna. Daun pinang dari pelepah itu akan dibuang dan dijadikan hulu atau tempat untuk menarik upih tersebut (Wikipedia).
Foto from google
Upih ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. Seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk dalam upih. Biasanya yang seronok adalah apabila orang menarik kita. Terasa punggung macam digeletek. Tetapi sakit juga kalau terlanggar tunggul kayu atau ketul batu. Upih ni boleh naik seorang, dua orang, tiga orang atau berapa saja asalkan muat dan bergantung kepada saiz upih yang luruh itu. Biasanya muat setakat seorang dua saja.
Foto from Google
Permainan upih ini seronok kalau kita adakan pertandingan atau perlumbaan. Kenalah ada ramai kawan-kawan yang jadi penarik dan "penunggang" upih. Cuma lecehnya, upih ni nak kena tunggu luruh dulu baru boleh main. Upih pula bukan luruh hari-hari atau selalu. Biasanya yang lebih tua / besar akan menjadi penarik, sementara yang kecil menjadi penunggangnya (Wikipedia).
Rasanya semua orang yang lebih kurang sebaya mama pernah main permainan tradisional tarik upih ni, especially yang membesar kat kampung. Dulu kat kampung banyak pokok pinang. Jadi bolehlah dibuat main upih pinang tu. Tapi sekarang pokok pinang dah pupus. Bila balik kampung dah tak nampak budak-budak main tarik upih. Sekarang ni budak-budak kampung dah advance. Main komputer, PSP, macam-macam lagilah. Kesian anak-anak mama tak dapat nak merasa permainan tradisional. Tapi anak-anak mama ada cara sendiri main tarik upih...
Diorang main tarik cadar..hahaha..tapi yang bestnya yang ditarik tu la. Kalau tarik upih, orang yang ditarik tu duduk, tapi Hazim plak siap baring lagi. Memang 5 star betul.
Yang kesiannya of courselah si tukang tarik. Fenattt Hadif tarik Hazim keliling rumah. Tapi bila part Hazim plak kena tarik, dia ngelat cakap nak gi umah ummi. Huhuhu..pandai Hazim melepaskan diri.
No comments:
Post a Comment