Sunday, April 29, 2012

Ketam Goreng Ala Thai

Pagi tadi shopping kat econsave ternampaklah ketam besar-besar. Papa bisiklah..lama tak makan ketam. So belilah 10 ekor budget untuk makan tengahari dan dinner sekali.
 
Bahan - bahan :
2 sudu cili kisar
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inch halia*
3 batang serai*
garam dan gula secukup rasa
2 sudu minyak untuk menumis
Daun limau purut

Cara - cara :
Kisarkan semua bahan bertanda *.
Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing.
Masukkan ketam dan goreng sehingga masak.
Masukkan daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment