Thursday, April 5, 2012

Grilled Chicken Chop

After office kami ke NSK Meru dengan tujuan asal nak beli susu Rayyans. Alang-alang dah ke sana, teruslah shopping barang dapur. Tengah2 membelek ikan, tetiba mama ternampak signboard chicken chop..then mata terus melilau mencari chicken chop tu. Memang dah lama mama dok tercari-cari chicken chop kat pasar tapi tak pernah terjumpa lagi sebelum ni. Kiranya malam ni mama bertuah dapat beli ayam yang dah dibuang tulang tu. Mama beli 4 ketul, 2 ketul terus masak untuk dinner malam ni.

Bahan - bahan :
2 ketul peha ayam yang dibuang tulang
2 sudu besar madu
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk) 
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan jus lemon
1 inci halia (di tumbuk)
Garam secukup rasa

Cara - cara :
Satukan semua bahan hingga sebati. Kemudian peraplah ayam dalam peti sejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.

Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. (Mama guna pembakar avon)
 
 
Hidangkan panas-panas dengan hidangan sampingan pilihan hati (mama hidang dengan salad strawberry dan jagung rebus)

No comments:

Post a Comment