Saturday, April 21, 2012

Ikan Bawal Masam Manis

Pagi ni aktiviti kami anak beranak memang pack. Pagi-pagi dah keluar breakfast kat McD. Pas breakfast gi sungai buloh sebab nak beli baby carrier untuk anak cikla. Dari sg buloh kami ke NSK meru plak nak beli barang dapur. Balik shopping, mama terus bersilat kat dapur menyiapkan makanan tengahari. After lunch terus bersiap nak ke rumah cik la plak...

Menu utama hari ni adalah bawal hitam masam manis. Resepinya mama refer kat buku Chef Hanieliza tapi dialter mengikut kesesuaian bahan-bahan yang ada kat dapur mama.

Bahan - bahan :
1 ekor ikan bawal hitam - dibersihkan dan kelarkan
garam dan kunyit
5 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1 cm halia - dihiris halus
5 sudu sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1/2 batang lobak merah - potong bulat
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara - cara :
Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing. Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
Masukkan juga cili potong, lobak merah, garam dan gula.
Setelah kuat pekat masukkan tomato.
Tuangkan ke atas ikan bawal yang digorengkan tadi.
Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

No comments:

Post a Comment