Monday, April 30, 2012

SinarRio Cafe

Pagi ni breakfast ngan papa kat SinarRio Cafe...bukan Senario Cafe yer... Cafe ni kat area ofis mama jer. Sebelum ni tapak cafe ni adalah Bangi Cafe, tapi entah bila dah ditukar owner. Tau-tau jer wujud SinarRio Cafe.

Cafe ni berkonsepkan kopitiam jugak..lebih kurang ngan Bangi Kopitiam la. Pagi ni cuma kami berdua jer yang breakfast..maybe kami terawal kot.

Menunya ada pelbagai... ada mee..ada nasi lemak..ada roti..nasi campur jer yang takde.

Untuk breakfast pula ada set English Breakfast. Set A sampai F.

Papa order set D dan mama punya set B.

Sementara tunggu order sampai, sempatlah amik gambar suasana dalam cafe ni. Ni kat area cashier merangkap tempat buat air. Kat dinding belah kanan, sebelah jam yang dah mati tu, ada gambar Pak Lah tengah minum teh.

Disebalik dinding tu adalah ruang memasak. Kalau perasan, tapak kaki meja tu adalah mesin jahit dolu-dolu yang kena kayuh pakai kaki tu. Kreatipkan?

Kat sebelah luar ada berderet pasu bunga. Kedai ni terletak kat corner lot, jadi bila ada pokok-pokok yang merimbun ni membuatkan suasana jadi redup.

Tak lama tunggu (sebab we are the only customer at that time) our drinks pun sampai. Tea for me n coffee for papa. Cawan dia tu humaanggaih...berat tul. Tengoklah ketebalan cawan tu berbeza dengan cawan-cawan biasa.  
 
Papa enjoying his coffee...sampai terbeliak mata. Taste....sedap..berasa teh n kopinya. Pastu cam harum-harum skit..maybe dia letak daun pandan dalam air gula kot..Eh..bukan pakai susu ke buat teh ni?

This is mine, set B. Brown toast with butter n kaya + telur 1/2 cooked + tea. Harga set ni RM 4.80.

Ini plak ordered by papa, set D. Egg sandwich + coffee. Harganya RM 4.50. Tak sure plak ada service charge atau tidak. Nanti kena tanya kat tukang bayor.

Alhamdulillah, kami masih diberi nafas untuk menikmati pemberian Allah dan kami diberi rezeki yang cukup untuk meneruskan hidup dibumi ini. Thanks to Allah.

No comments:

Post a Comment