Resepi ulang tayang untuk breakfast pagi ni. Cepat, mudah dan sedap. Si kembar especially Hadif suka sangat makan pie apple puff ni. Memang seketul tu kejap jer masuk mulut.
Bahan - bahan :
1 paket puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 inci x 4 inci)
1 kuning telur*
1/2 camca teh esen vanilla *(*disatukan dan pukul sedikit)
2 biji epal hijau, kupas dan dadu kecil - mama sagat
2 camca besar kismis - ganti buah-buahan campuran
1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis
3 - 4 camca besar gula perang (soft brown sugar)
1 camca besar mentega berkualiti tinggi
1 camca teh tepung jagung
Secubit garam
Cara - cara :
Cairkan mentega dalam non-stick pan, goreng epal dan kismis hingga harum, masukkan gula perang dan serbuk kayu manis, kacau rata dan biar epal sedikit layu. Tambah gula perang, masak hingga pekat. Masukkan secubit garam dan tepung jagung, kacau rata dan masak hingga pekat, guna api kecil. Sejukkan.
Ambil sekeping puff pastry, kerat dua. Satu bahagian dikelar atau ikut kreativiti masing2 untuk mencorak. Letak 1 camca besar inti dalam bahagian satu lagi, kemaskan dan tutup dengan puff pastry yang bercorak. Tekan tepinya dengan garfu, susun dalam loyang pembakar, buat hingga siap dan sapu dengan kuning telur.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C, selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk sarapan atau minum petang.
No comments:
Post a Comment