Sunday, April 8, 2012

Ikan Kerapu 3 Rasa

Untuk kesekian kalinya, juadah kami sekali lagi adalah bernama 3 rasa. Yang beza cuma ikannya sahaja. Nak wat camno...dah masakan feveret laki binik. Pastu tukar bahan-bahan sepah kat dalam tu. Kali ni mama guna frozen vege jer.

Bahan - bahan : 
3 ekor ikan kerapu
3 ulas bawang merah - mayang
3 ulas bawang putih - mayang
2 inch halia - mayang
2 sudu cili boh
2 sudu sos cili
2 susu sos tomato
Segenggam frozen vege
2 sudu air perahan lemon
4 sudu madu larutkan dengan secawan air
Garam
Kunyit

Cara - cara :
Perap ikan dengan garam dan kunyit. Gorengkan dalam minyak dalam kuantiti yang agak banyak (biar ikan berenang dalam minyak). Angkat dan toskan.

Tumiskan bahan - bahan yang dimayang beserta cili boh sehingga garing. Masukkan bancuhan madu, sos cili dan sos tomato. 

Masukkan frozen vege dan perahan lemon dan kacau sehingga pekat.

Tuangkan kuah 3 rasa ke atas ikan kerapu tadi dan siap untuk dihidang. Boleh ditabur daun bawang atau daun sup kat atas ikan tu.

No comments:

Post a Comment