Penat betul hari ni dok ke hulu ke hilir. Lepas breakfast kami ke nursery untuk beli bunga. Lepas beli bunga kami terus ke NSK untuk beli barang dapur. Sampai rumah dah pukul 2.30 petang. Terus masuk dapur untuk masak makan tengahari. Nasib baik Rayyans tidur, dapatlah mama concentrate memasak. Kat NSK tadi borong ikan dan sayur lagi. Hari ni mama masak menu ulang tayang jer, iaitu ikan siakap 3 rasa. Mama pilih menu ni sebab simple, cepat dan yang penting sedap.
Pastu goreng kailan ni untuk digandingkan dengan siakap 3 rasa tu. Alhamdulillah, walaupun lauk simple tapi syukur sebab dapat bagi suami dan anak-anak makanan dari air tangan mama sendiri.
No comments:
Post a Comment