Malam tadi purposely masak nasi lebih sebab dah plan nak buat nasi goreng breakfast pagi ni. Kesian Rayyans asyik hadap masakan berasaskan mee jer untuk breakfast.
Bahan - bahan :
3 cawan nasi sejuk dileraikan
20 ekor udang dibuang kulit
1 cawan frozen vege
2 ulas bawang putih - dihiris
3 ulas bawang merah - dihiris
1 camca besar cili kisar
1 sudu kicap
1 sudu sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Cara - cara :
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah hingga harum.
Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah sos tiram dan kicap.
Masukkan udang dan frozen food. Kacau hingga udang masak.
Tambah secubit gula, garam dan nasi, gaul rata dan masak hingga nasi kelihatan kering.
Masak sekejap dan matikan api.
Masak sekejap dan matikan api.
No comments:
Post a Comment