Tuesday, April 24, 2012

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Malam ni dinner makan ayam kenny rogers...buat sendiri punya. Tapi rasa mestilah lain skit dari ayam kenny rogers yang asli tuh. 

Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers ni mama cilok dari Home Sweet Home Ummi Zaihadi.

Bahan - bahan :
2 ketul ayam bahagian peha
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar herba campuran
1 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara - cara :
Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam.
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. (Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. 
 
Hidangkan bersama salad, baked beans dan mushroom sauce. Resepi untuk mushroom sauce boleh refer SINI.

Untuk Rayyans plak mama goreng nugget ni. Mula1 goreng 7 ketul jer tapi tak cukup. Mama kena goreng second round untuk diorang. Sejak tak hisap puting ni memang berselera betul diorang makan.

No comments:

Post a Comment