Sekarang ni mama tengah kemaruk nak bercucuk tanam. Tempoh hari mama dah tanam bunga. Pastu terfikir gak, baik tanam sayur. Ada gak faedahnya. Dah besar nanti boleh cabut makan. Untuk permulaan ni mama tanam kailan, sawi dan bak choy.
Si pekebun kecil yang sabar melayan kerenah si binik. Binik cuma cakap jer nak berkebun tanam sayur, tapi yang kena mengotorkan tangan tentulah si laki.
Biji benih kailan dah bersedia untuk ditransfer ke dalam pasu semaian. Biji benih ni mama beli kat econsave. Harganya dalam seringgit lebih jer.
Biji benih ni berhimpit di dalam ruang yang sempit. Takpe..tunggu bercambah dulu baru kita transfer ke dalam pasu yang besar skit.
Pokok cili yang mama beli tempoh hari telah dituai hasilnya. La ni telah tumbuh buah baru dah..kira cepat jugakla buah dia keluar.
Si laki menyokong sepenunya hasrat si binik nak menghijaukan bumi. Sanggup mengeluarkan belanja mengupah indonesian worker membetulkan paip kat laman yang dah lama tak keluar air ni. Ye la..nak menyenangkan si binik menyiram tanaman nanti. Thank you papa...
No comments:
Post a Comment