Sunday, October 30, 2011

Chilled Strawberry Cheesecake

Pagi tadi selepas breakfast mama ada masak strawberry cheesecake. Resepi cheesecake ni mama dapat dari DAPUR TANPA SEMPADAN CMG. Minta izin ye En CMG mama letak resepi kat sini plak ya.

Bahan - bahan :


200 gram biskut mudah hadham @ digestive cookies (mama pakai chipsmore)
80 gram mentega, dicairkan
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
6 biji strawberry segar, kisar halus
1 camca teh strawberry emulco
6 biji strawberry segar, didadu (tak buat)
1 1/2 camca besar gelatin halal (mat guna jenama "NUR")
125 ml air suam
200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil)
Strawberry segar untuk hiasan


Cara - cara : 

Biskut marie dihancurkan (mama guna tangan jer), kemudian masukkan mentega cair sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer. 



Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan puree strawberry, dan juga strawberry emulco tadi, putar rata.

Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan. 


Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan 1/2 dari buah strawberry yang didadu tadi, gaul rata. 

Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. 


Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan baki buah strawberry dan hidangkan.. 


Rayyans excited tengok cheesecake ni. Hadif sepantas kilat menyambar strawberry kat atas kek tu.


Tengok..dah rongak kek mama. 

Strawberry kat tengah pulak yang dia usik kali ni.

Hazim pun teringin gak nak cilok strawberry mama barang seketul dua.

mmmmm..masham la mama

Masa untuk makan...kita makan dulu!



CATATAN MAT GEBU : Masa nak keluar kan kek dari tin, mat basahkan tuala dapur dengan air suam dan pekap keliling tin cake tadi sehinga kelihatan kek sedikit longgar dari tin. Kemudian bila nak potong, mat layur pisau atas api sekejap.

Blueberry Muffin

Esok mama terima jemputan kenduri doa selamat merangkap house warming dari AUNTY TASYA. Aunty tasya baru pindah ke rumah baru. So esok aunty tasya buat kenduri doa selamat semoga perpindahan ni membawa seribu rahmat untuk keluarga beliau.  

Mama jue ada kirimkan oreo cheesecake dan puding nenas untuk aunty tasya. Mama pun terpikir gak nak bagi something untuk aunty tasya. At last, mama merajinkan diri masak blueberry muffin untuk dihadiahkan kat aunty tasya.

Mama pakai tepung muffin yang segera jer. Pastu follow jer step-step yang ada kat bungkusan tepung tu

Bahan - bahan : 
Telur 350 g (6 biji)
Air 225 g
Minyak sayuran 280 g

Mama cuma bancuh separuh dari adunan kat atas.

Cara - cara :

Campur kesemua bahan dalam mangkuk. Pukul semua bahan dengan kelajuan rendah.

Isi adunan ke dalam acuan muffin sehingga 3/4 penuh.

Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 180 - 200 C. Bila dah masak keluarkan dari oven dan sejukkan.

Taraaa..muffin yang dah siap dipacking untuk dibawa ke majlis doa selamat aunty tasya. Harap-harap tetamu kat sana nanti sukalah ngan muffin ni.

On da way to aunty tasya's new home sweet home. Afif fahri..here Rayyans come...Rayyans excited bila dapat keluar jalan-jalan.

Majlis doa selamat dan bacaan Surah Yasin. Mama doakan semoga aunty tasya sekeluarga happy dengan rumah baru ni. 

Saturday, October 29, 2011

Grilled Chicken

Tengahari tadi kami lunch agak lewat disebabkan kami balik lambat dari saloon potong rambut Rayyans. Papa request tak nak makan nasi untuk dinner coz masih kekenyangan. Haii..apa lah nak masak untuk belahan jiwa ai ni. Tak masak karang takut memalam kelaparan plak. 

Godek-godek gobok buruk ai, ternampaklah botol mama ayam percik grill chicken sauce. hhhmmm...ayam dah ada kat peti ais tu...makan grilled chicken memalam ni menarik gak...

Mula-mula perap ayam dengan sos ni dengan bawang putih dan halia yang dikisar halus selama sejam.

Kemudian bakar dalam oven selama 45 minit pada suhu 180C.

Tingggg...oven dah bunyi..maksudnya dah masak la tu. Keluarkan ayam dari oven dan hidang panas-panas.

Makan bersama dengan papaya salsa sauce..slurrppp...pedas-pedas manis..memang membuka selera.

Peria Goreng Telur

Actually, seumur hidup mama tak pernah makan dan tak pernah masak peria. Mama seakan fobia nak makan bila dengar orang-orang tua cakap peria ni pahit. Last week masa lunch ngan opismate, tengok diorang makan peria. Teruslah mama tanya macam mana nak masak peria ni. Papa sebenarnya suka makan peria tapi disebabkan mama ni tak makan, jadi malaslah nak masak ye dop...


Kat pasar malam semalam papa ada terbelek-belek peria yang kecik tuh..selalu papa buat ulam jer. Teringin agaknya laki aku ni nak makan peria. Dah kata mama ni kan isteri mithali, mama beli lah sebiji peria tu. Semangat berkobar-kobar nak bagi laki makan nokss...tapi nak masak apa?? bukan mama pandai pun nak masak peria ni..nak siang peria pun kena tanya papa..malu ai..papa suh masak simple jer..goreng ngan telur jerk sudahhh..


Bahan-bahan :
Buah peria
3 ulas bawang merah – dimayang
2 ulas bawang putih – dimayang

1 inch halia - dimayang
1 biji telur
Garam



Cara-cara 


Potong nipis buah peria dan rendam dalam air garam. Basuh dan toskan.
Tumis bawang merah, putih dan halia sehingga garing. 

Kemudian masukkan buah peria dan kacau hingga sedikit layu.
Masukkan telur dan kacau hingga sebati.
Akhir sekali masukkan garam.



Mama ada cuba makan peria ni, tapi rasanya tak kena dengan tekak mama yang sejak azali ni dijamu dengan makanan yang manis-manis jer. Pahit jer rasanya. Sudahnya, papa yang habiskan peria ni. Walaupun mama tak makan, in future mama tetap akan masak untuk papa...mithali tak ai?

Ikan Kembung Sweet Sour

Selesai potong rambut Rayyans dah tengahari. Perut pun dah mula berkeroncong minta diisi. Hajat hati nak singgah jer kat mana-mana restoran untuk makan tapi bila memikirkan 2 hero ku yang terlebih aktif ni, terus mama pendamkan jer hajat tu. Silap-silap nanti nasi kemana..Rayyans kemana...


Jawabnya mama terpaksa merajinkan diri masak lauk..lagipun petang semalam papa ada beli ikan kembung. Masak yang simple jer...menu hari ni ikan kembung sweet sour. Kat dapur NITA SUDIP KAYU ada resepi kembung sweet sour ni. So mama minta izin cnp la yer..


Bahan - bahan :


4 ekor ikan kembung digoreng garing - mama masak 1 ekor jer
2 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1 inci halia
1 sudu sos tiram
1 sudu cili kisar
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu plum sauce
Sayur2 campur : carrot,cauliflower,tomato,pea,babycorn,nenas - mama letak carrot jer
Gula & garam secukup rasa
Minyak utk menumis


Cara - cara : 



Blend bwg merah, putih & halia. Tumis. Masukkan segala jenis sos tu. Masak sebati. Masukkan sayur & masak lagi sehingga sayur agak lembut. Tuang kuah atas ikan.

Rayyans New Haircut

Lepas acara main masak-masak di pagi sabtu, mama n papa bawa Rayyans untuk potong rambut yang dah mencecah telinga. Mula-mula kami ke kedai gunting dalam tesco shah alam, baru jer langkah kaki nak masuk kedai tu terus dua-dua menjerit takmo masuk. Alahai....apa yang seram sangat kedai ni sampai Rayyans tak nak masuk.

Before haircut

Pening pikir pasal peel Rayyans ni. Rambut tu nak kena potong jugak walau macam mana pun...dah cecah telinga. Pastu kami decide bawa Rayyans ke saloon bawah opis mama. Nasib baik lah akak tukang gunting tu pandai layan Rayyans...walaupun susah nak potong rambut sambil diorang berjalan sana sini. Nasib baiklah akak tu dah expert.

Hazim's new looks

Hadif's new haircut

Puding Kasih Bertaut

Masa jalan-jalan kat dapur ovenkecil milik NAZ bulan puasa lepas, mata terpaku ngan kecantikan puding ni. Tapi di bulan puasa masa untuk memasak adalah amat terhad. Jadi resepi tu diperam jer la. Bila ada masa terluang, mama ada gak melawat blog-blog masakan yang lain, ramai yang dah cuba puding ni. Hari ni mama meluangkan masa untuk mencuba resepi ni. Rayyans pun suka makan puding. Selalunya mama just masak puding-puding malas simple jer. Sesekali bagi anak-anak makan puding rajin la plak. 

Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepaket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur 

2 tsp sirap Rose 
2 tsp perisa pandan + pewarna hijau (mama guna pewarna biru)

Cara Bahan A :


Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api. 

Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah mendidih, tutup api. 

Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk. (mama pakai acuan yang berbentuk)

Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar (mama keluarkan jer agar-agar tu dari acuannya).

Bahan-bahan B : 
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket agar-agar di atas tadi)
500 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka (mama letak manisan kelantan)
1 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara Bahan B :


Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar. 

Cara Menyediakan Puding :

Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.


Bila dah sejuk bolehlah dikeluarkan dari acuan dan makan ketika sejuk...wallaa...ni versi acuan berlubang kat tengah.


Ni versi acuan tudung litup


Versi strawberry bertaut

Versi dua tingkat

Mihun Goreng Singapore

Menu breakfast pagi ni mihun goreng singapore lagi. Resepi ulang tayang untuk kesekian kalinya. Semalam tak sempat nak beli stok barang dapur. Jadi pagi ni mama masak breakfast dengan bahan-bahan yang dah sedia ada kat dapur cinonet mama. Nak keluar gi pasar pagi-pagi ni malas la plak.


Rayyans ni kalau mama masak makanan yang bertema mee ni memang laju lah makannya..setakat sepinggan ni tak cukup untuk diorang berdua makan.


Resepi mihun goreng singapore ni banyak versi. Sebelum ni mama guna resepi dari SINI. Bahannya boleh ikut selera sendiri nak letak apa..cuma mihun singapore ni dia tak berkaler. 


Sebelum ni memang mama tak makan bila tengok kaler dia yang putih pucat jer tu..cam tak menarik. Tapi bila dah cuba makan, rasanya sedap gak. tu la..lain kali don't judge the book by its cover k..

Friday, October 28, 2011

Nasi Lemak Kukus

Balik dari ofis petang tadi kami singgah kat pasar malam berdekatan ngan ofis mama. Hajat hati nak cari barang-barang dapur yang dah menyusut. Masa mula-mula sampai langit still cerah. So mama n papa berlenggang kangkung la dari satu gerai ke satu gerai. Baru habis tawaf satu lorong, tetiba langit gelap segelap-gelapnya beserta dengan angin yang sangat kuat. Masa tu mama tengah memilih bawang sementara papa tengah pilih ikan. Cepat-cepat kami bayar harga bawang dan ikan then terus buka langkah seribu ke kereta. Sebaik kami sampai kat kereta, hujan turun selebatnya. Kesian tengok peniaga-peniaga yang kebasahan, yang sudah pasti tak dapat nak meneruskan perniagaan mereka hari ni.

Sekarang ni memang musim hujan beserta dengan kilat. Mama memang fobia dengan ribut-ribut ni. Kampung mama kan ke kat negeri cik siti wan kembang nun. Setiap hujung tahun memang scene hujan ribut ni perkara biasa. Pernah bumbung rumah kami diterbangkan ribut...bukan sekali tapi dah beberapa kali. Sebab tu lah mama sedikit fobia bila ribut dan petir ni.

Disebabkan tadi tergopoh gapah berlari dari hujan, kami terlupa nak beli makanan untuk dinner. Papa pulak mengadu lapar coz tengahari lunch ngan roti jer (tu la sapa suruh tahan-tahan makan). Sebagai isteri yang mithali (mithali la sangat), mama merajinkan diri untuk masak walaupun penat berlari kat pasar malam tadi tak hilang lagi (cam jauh sangat lari). Menu dinner kami malam ni adalah nasi lemak kukus dan sambal udang. 

Resepi sambal udang boleh amik kat SINI.


Resepi nasi lemak kukus :

1 pot beras (dapat 2 mangkuk nasi)
1 cawan santan
1 inch halia cincang halus
cengkih
garam

Basuh beras dan toskan. Masukkan beras kedalam mangkuk kukus. Masukkan santan, halia, garam dan cengkih. Kukuskan dalam kukusan selama 30 minit. Hidangkan panas-panas.