Thursday, December 26, 2013

Serunding Hjh Wan Sabariah

Selepas gerai jual etok, jalan ke depan sikit kita akan jumpa sebuah rumah kaler hijau bak istana tersergam indah di sebelah kiri jalan. 'Istana' ni milik hjh wan sabariah sekeluarga. Sabariah... my mom's name too..

Inilah rumah bak istana tu. Cantik gila.. besar gila.. semuanya gila. Hahaha. Admire dengan ukiran yang ada di setiap penjuru rumah ni. Pokok icity tu sampai ke atas bumbung duduknya.

Mama ni benti sini semata2 nak amik gambar kat depan umah ni ke? Actually owner umah ni adalah tokey serunding. Tujuan mama benti sebab nak beli serunding lerr.

Kat tepi umah ni ada kilang kecil untuk memproses serunding dan dodol. Masa kami datang ni owner tengah bungkus dodol. Panas2 lagi dodolnya. Bestnya bila beli kat kilang ni kita akan dapat yang fresh.

Sempat gak mama masuk meninjau dalam kilang. Banyak gak kawah yang diorang gunakan. Time ni diorang tengah masak dodol. Dah canggih kacau dodol, pakai mesin.

Senarai harga ada kat dinding. Kalau beli borong dapat lagi murah kot. Ngikut kata pakcik ni diorang cuma pasarkan dodol n serunding kat rantau panjang jer. Pastu terpulang la kat pemborong nak eksport ke mana2.

Mama sempat la beli serunding daging lembu tempatan. Buat stok balik shah alam nanti. Serunding daging import pun ada gak. Dari segi harga, serunding daging tempatan lebih mahal.

Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, mama sudahi dengan view di sebalik pagar. Berapalah kos hjh wan sabariah bina umah ni kan? Jom tukar kerja jadi tokey serunding.

No comments:

Post a Comment