Thursday, December 26, 2013

Masjid Beijing

Tiba kat pekan rantau panjang ngam2 orang azan zohor. So kami singgah dulu kat masjid jubli perak sultan ismail petra atau lebih glamer dengan nama masjid beijing.

Masjid ni mendapat gelaran masjid beijing kerana senibinanya menyerupai bangunan di china. Masa masjid ni dalam pembinaan, mama ingat orang tengah bina tokong. Kat kelantan kan ramai orang siam penganut buddha.

Kat ruang depan masjid ada gerai2 jualan jubah, baju melayu serta peralatan untuk solat. Buku2 agama pun ada di jual jugak. Pelawat yang tidak menutup aurat akan diberikan jubah sebelum memasuki ruang solat.

Kat papa berdiri tu la ruang jualan. Then kena lalu titi tu untuk ke ruang solat.

Kat belakang papa tu ruang solat lelaki. Ruang solat perempuan kat sebelah kanannya. Lupa plak mama nak amik gambar dalam ruang solat tu.

Ni plak kat toilet perempuan. Mama gilir2 jaga anak2. Kiri skali tu elisa, pangkat cucu sedara mama. Baru umur 2 thn lbh. Kalau bercakap mulut macam bertih. 

Masa ni mama bawa diorang dok kat ruang toilet tak bagi diorang kacau papa solat. Bila mama solat, papa plak yg jaga diorang. Bila kami nak gerak ke kereta, hadif dah melalak nak solat jugak. Terpaksala papa bwk dia masuk solat dulu.

3 waktu yang berbeza. Waktu malaysia kalau tak silap mama lebih kurang waktu beijing tu. Tunggu semua ahli rombongan siap solat, dalam pukul 2 petang baru kami sampai ke zon bebas cukai rantau panjang.

No comments:

Post a Comment