Tuesday, December 10, 2013

Lost World Of Tambun : Part 2

Sambung kisah part 2 kami ke lwot. 

Lepas melalui stesen roller coaster kita akan lalu kat satu gua. Opposite gua ada patung gajah 3 beranak. Apa kaitannya tetiba ada patung gajah tu idokla teman tau. Sekadar hiasan jer kot.

Ke depan skit ada tempat mendulang. Mama tak pasti kat sini boleh benti untuk mendulang ke tak. Masa lalu xde pengunjung pun. Plus ada pekerja tengah mencuci tempat ni. Mungkin ni nak tunjuk yang perak adalah tempat melombong bijih timah dulu kala.

Inilah gua yang mama maksudkan tadi.  Dulang tea house. Actually ia adalah sebuah cafe. Decoration dia guna barang2 antik. Bagi yang berjalan kaki bolehlah singgah minum teh untuk lepaskan dahaga.

Pastu lalu pulak depan kandang harimau. Adalah nampak 2 ekor pak belang tengah beradu. Syok ehh pak belang tidur jer manjang. Cer tunjuk aksi skit orang ramai datang nak tengok ko ni.

Last stop kat petting zoo. Pun masing2 malas nak turun sebab perut dah kelaparan. Kat depan petting zoo ada sepasang burung putih ni. Kusyuk mama tengok depa berdua dok bercintan cintun.

Dah habis naik trem terus mencari makanan. Memang lapar gila. Harga food dalam ni memang double banding luar. Nasi tomato rm10 satu bekas. Kami makan kat sini. Meja kat dalam air. Syok gila makan dok bersila dalam air. Masa kami datang dulu tempat ni belum ada lagi.

Setel makan sambung mandi balik. Memang kecut habis jari jemari dok berendam dalam air. Rayyans memang tak reti penatlah. Bila dah petang ajak tukar baju meraung2 takmo balik.

Tamat sudah edisi percutian kali ni. Pukul 6 petang kami keluar dari lwot dan terus gerak balik shah alam. Perjalanan agak slow sebab kereta amatlah banyak kat jalanraya. Tambah plak ngan eksiden. Memang pakej yang lengkap. Sampai shah alam dah tengah malam. Nasib baik isnin esoknya mama cuti. 

No comments:

Post a Comment