Sunday, December 8, 2013

Meraikan Pengantin Baru

Cerita yang dah basi, berlaku 2 minggu lepas. Hehehe..slow betul tahap updated sekarang. Maklumlah bila balik umah banyak kerja. Jarang ada masa terluang. Masak, kemas umah, layan anak2.. gitulah rutin working mother kan.

Pagi ni kami sekeluarga beserta angah dan athilah berangkat ke ipoh. Tujuan utama untuk memenuhi undangan meraikan pengantin baru. Majlis hari ni adalah persandingan kakak kepada chenta hati angah.

Alang2 nak ke ipoh, kami amik cuti pada hari isninnya. Plan nak bawa si kembar mandi2 kat lost world of tambun. Si kembar bila dengar nak bercuti seperti biasalah feeling over excited. 

Masa kami sampai pengantin dah selesai bersanding. Diorang tengah makan beradap. Sama cantik sama padan pengantin ni. Tema majlis adalah kaler purple n maroon.

Weols pun tanpa melengah masa teruslah menjamu selera. Sedap lauk kenduri ni especially daging dendeng. Rasanya kat mana2 lauk kenduri mesti sedap kan. Ke sebab kita makan time lapar sebab tu rasa sedap lain macam?

Masa ni tetamu dah kurang so dapatlah kami lepak lama2 skit sambil layan lagu2 yang didendangkan oleh band jemputan. Bila dengar lagu selamat pengantin baru mesti terimbau kenangan lama masa mama n papa kahwin dolu2..

Selepas makan beradap majlis diteruskan dengan sesi bergambar. Ini adalah gambar pengantin dengan ahli keluarga belah perempuan. Chenta hati angah yang duduk paling kiri. Kalau ada jodoh diorang tak lama lagi kami dapat menantu.

Turn kami pula nak bergambar kenang kenangan dengan pengantin baru. Selamat pengantin baru diucapkan dan semoga perkahwinan ini bahagia dan berkekalan hingga ke jannah.

Selepas ni kami akan terus ke bandar ipoh untuk check in kat hotel regalodge. Kat hotel tu la ada perkara yang tak diingin berlaku. My kids kena usik ngan hantuuuuuu....

No comments:

Post a Comment