Thursday, December 26, 2013

Etok & Tuak

Perjalanan ke rantau panjang kali ni banyak betul persinggahannya. Dari pasar tani pasir puteh, benti beli baulu tradisional dan sekarang benti lagi skali. Pukul berapa la kami nak sampai ke rantau panjang ni.

Selepas roundabout menuju ke rantau panjang, di sebelah kiri jalan ada gerai2 jualan. Kat sini memang selalu orang benti beli makanan. Kadang2 boleh sebabkan jem kat roundabout. 

Kebanyakkan makanan yang dijual adalah makanan tradisi kelantan. Mama sengaja minta papa benti kat sini sebab nak kenalkan budaya kelantan kat keluarga m.cik jamaliah.

Antara makanan yang memang takkan ada kat kl ni adalah etok (yang kat dalam dulang tu). Etok tergolong dalam spesis kerang la. Selalunya ada di kawasan pertembungan air laut dan sungai.

Etok ni akan diperap terlebih dahulu dengan garam, halia dan serai. Kemudian etok akan disalai sehingga masak. Rasanya memang sedap. Nak buka kulit etok ni ada teknik. Kalau tak biasa makan memang takkan berjaya buka kulitnya. Kulit etok dibuka dengan menggunakan gigi atas n bawah ye.

Kat sini juga ada dijual air tuak (atau orang luar panggil nira kelapa). Air tuak ni memang feveret papa. Kalau dalam bulan puasa air tuak adalah menu wajib untuk berbuka. Air tuak ni tak memabukkan macam tuak masam kat sabah sarawak tu ya. Tuak ni manis rasanya. 

No comments:

Post a Comment